Pernah tak korang dengar kejadian power bank meletup ketika ditinggalkan dalam kereta? Ini bukan pertama kali kejadian seperti ini berlaku malah sudah banyak kali diingatkan supaya tidak meninggalkan peranti tersebut di dalam kenderaan dalam tempoh yang terlalu lama kerana boleh mendatangkan kebakaran gara-gara terlampau panas.
Namun, pernah pula korang dengar kejadian ‘kepala’ charger yang meletup gara-gara disimpan di dalam kereta? Nah, baru-baru ini tular di media sosial kejadian kebakaran sebuah kereta yang berpunca daripada ‘kepala’ charger yang tertinggal di dalam kereta.
Aik macam mana boleh terbakar tu?
Kereta terbakar sebab ‘kepala’ charger meletup
Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @apihazmi semalam, 27 Disember 2020, sebuah keluarga dikatakan ‘berputih mata’ apabila seat belakang kereta mereka hangus terbakar dijilat api.
Apa yang mengejutkan, punca kebakaran tersebut berlaku adalah disebabkan ‘kepala’ charger yang tidak sengaja ditinggalkan di dalam kereta tersebut yang meletup secara tiba-tiba walaupun tidak digunakan.
Parkir kereta tengah panas
Kereta itu difahamkan milik kepada sebuah keluarga pelanggannya yang datang dari Kedah. Kereta tersebut diparkir pula di kawasan yang tidak berbumbung dan dalam keadaan cuaca yang panas. Ini berkemungkinan menjadi punca power adapter yang berada di dalam kereta itu menjadi overheat dan seterusnya menyebabkan ia meletup dan terbakar dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun, pemilik kereta tersebut bernasib baik apabila hanya mengalami sedikit sahaja kerosakan pada bahagian seat belakang keretanya yang hangus terbakar. Ini disebabkan tindakan pantas beberapa orang awam yang sedar dengan kejadian itu telah berjaya memadamkan api.
Punca dia kepala charger ye gais, kereta parking dalam keadaan cuaca panas. Sorry rekod sekejap je. Ni kereta family my client harini. Dorang dari kedah, semoga dipermudahkan. Sama sama kita ambil pengajaran ✌🏻 pic.twitter.com/0WMXthhSbE
— pih (@apihazmi) December 27, 2020
— pih (@apihazmi) December 27, 2020
Bomba sendiri kata bahaya
Meraih lebih daripada 90,000 tontonan, rata-rata netizen turut meluahkan rasa risau dan amaran terhadap bahayanya meninggalkan peralatan elekronik seperti power bank, charger, handphone dan sebagainya dalam kereta terutama dalam keadaan cuaca yang panas terik. Namun, ada juga yang tidak menyangka bahawa kebakaran ‘kepala’ charger juga boleh berlaku.
Apa-apa pun jadikan ni sebagai pengajaran jangan tinggalkan barang elektronik dalam kereta.
Baca: BAHAYA! Alza Terbakar Angkara Power Bank Yang Meletup Akibat Cuaca Panas