in

“Mampu ancam nyawa” – Pemilik Tak Bertanggungjawab, Anjing Ganas Terlepas Kurungan Serang Wanita Sampai Cedera Parah

Anjirr

Bagi sesiapa yang mempunyai haiwan peliharaan, tahu tak korang ni ada tanggungjawab yang besar dalam menjaga haiwan-haiwan tersebut supaya mereka ni berada dalam keadaan yang baik?

Menjaga haiwan peliharaan ni bukan setakat bagi mereka makan atau jaga kesihatan sahaja, tetapi juga korang kenalah jaga supaya haiwan ini tak membahayakan atau menyusahkan orang lain.

Contohnya seperti satu video yang tular di Facebook menunjukkan seorang wanita cedera parah lepas diserang oleh seekor anjing ganas.

Pemilik anjing tersebut katanya cuai dengan membiarkan pintu pagar terbuka sehingga menyebabkan anjing tersebut terlepas keluar rumah. Aduhai! 

ABANG KUCING CARI PEMILIK ANJING SERANG WANITA HINGGA PARAHInsiden serangan anjing berpemilik terhadap orang awam kini semakin menjadi-jadi. Mangsa terbaharu iaitu seorang wanita diserang anjing berpemilik di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka bukan perkara ringan dan tidak boleh diambil mudah. Ia mampu mengancam nyawa malah membunuh.Mangsa serta masyarakat di tempat kejadian perlu serah pemilik dan anjing untuk mendapat keadilan. Kerajaan cukup Undang-undang untuk tangani insiden ini termasuk mengheret Pemilik Anjing ke Mahkamah dan mendakwa pemilik yang bodoh, cuai dan tidak berakal. Manakala anjing ganas yang membahayakan dan memudaratkan perlu ditangkap, dikurung dan ditangani secara selamat megikut undang-undang.Mencintai haiwan tetapi menzalimi pihak lain – Ini bukanlah Pencinta Haiwan.Mangsa serangan Anjing serta Ketua Masyarakat Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka diminta tidak sembunyikan pemilik. Hubungi Abang Kucing (AK) di talian 0127413497 untuk uruskan hal serangan dan keadilan terhadap mangsa yang parah.Disebabkan pemilik dan penanggungjawab anjing yang tidak beretika. Ia bakal memberi persepsi buruk terhadap keseluruhan anjing yang dikhuatiri ganas dan menyerang.#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Selasa, 28 Julai 2020

 

Kejadian ini mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia yang menegur tindakan pemilik anjing tersebut yang tinggal di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka.

Pemilik itu telah dilabel sebagai sangat tidak bertanggungjawab dan sepatutnya mengurung haiwan peliharaan mereka yang ganas di tempat selamat.

ABANG KUCING CARI PEMILIK ANJING SERANG WANITA HINGGA PARAH

Insiden serangan anjing berpemilik terhadap orang awam kini semakin menjadi-jadi. Mangsa terbaharu iaitu seorang wanita diserang anjing berpemilik di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka bukan perkara ringan dan tidak boleh diambil mudah. Ia mampu mengancam nyawa malah membunuh.

Mangsa serta masyarakat di tempat kejadian perlu serah pemilik dan anjing untuk mendapat keadilan. Kerajaan cukup Undang-undang untuk tangani insiden ini termasuk mengheret Pemilik Anjing ke Mahkamah dan mendakwa pemilik yang bodoh, cuai dan tidak berakal. Manakala anjing ganas yang membahayakan dan memudaratkan perlu ditangkap, dikurung dan ditangani secara selamat megikut undang-undang.

Mencintai haiwan tetapi menzalimi pihak lain – Ini bukanlah Pencinta Haiwan.

Mangsa serangan Anjing serta Ketua Masyarakat Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka diminta tidak sembunyikan pemilik. Hubungi Abang Kucing (AK) di talian 0127413497 untuk uruskan hal serangan dan keadilan terhadap mangsa yang parah.

Disebabkan pemilik dan penanggungjawab anjing yang tidak beretika. Ia bakal memberi persepsi buruk terhadap keseluruhan anjing yang dikhuatiri ganas dan menyerang.

 

Giphy

Giphy 1

Bagi mereka yang ada informasi berkenaan hal tersebut, korang bolehlah hubung Abang Kucing di talian +60127413497.

Baca: “Pecut lori sampai 100km/h” – Lelaki Memandu Secara Berbahaya, Rupa-rupanya Tengah Bergelut Dengan Ular Berbisa

Ular 2