in

“Malu tengok” – Tya Arifin Dikecam Tak Jaga Maruah Gara-gara Video BTS ‘Aksi Panas’ Tular

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan founder Mutyara dan isteri kepada Asyraf Khalid, Tya Arifin ni kan?


Baru-baru ini, ruangan komen di Instagram Tya Arifin telah dibanjiri dengan komen dari netizen gara-gara video disebalik tabir promosi produk terbarunya telah tular di TikTok.

Mana tidaknya, dalam video tersebut, dapat dilihat Tya telah melakukan beberapa aksi yang agak panas sehingga menyebabkan ramai netizen yang tak senang duduk melihatnya.

“Viral BTS founder bertudung photoshoot gaya panas”

Video tular yang dimuatnaik di TikTok itu menunjukkan beberapa babak di mana Tya telah posing sambil baring di atas katil, bersentuhan dengan lelaki seperti melakukan aksi yang tidak senonoh, berendam di dalam bath tub serta berjalan masuk ke dalam bilik air seperti ingin membuka baju.

@rehansukanyanyi

Seksinya kak tya auchh ? #fyp #trending #reyhan

♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music

Ekoran perwatakan Tya yang bertudung dan statusnya sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak, rata-rata netizen yang melihat video ini telah mengecam tindakannya ini dan merasakan perbuatan ini terlalu melampau dan mencemarkan maruah.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen tertanya-tanya barang apa yang dipromosikan oleh Tya ini sehingga perlu membuat adegan seperti ini serta ada juga yang nak tahu siapa lelaki bersama Tya dalam video tersebut.

Screenshot 2022 10 06 At 11.30.10 Am Down

Namun begitu, Tya masih belum memberikan komennya mengenai perkara ini. Malah video hasil daripada photoshoot ini juga masih belum disiarkan secara rasmi lagi.

 

Baca: “Abang nak tolong orang susah” – [VIDEO] Netizen Terharu Cucu Siti Nurhaliza Nak Sedekahkan Duit Raya

Untitled Design 2022 05 13T135313.651

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.