in

Malaysia Kini Tempat Ke-13 Negara Paling Aman Di Dunia, Kedua Di ASEAN

Ft Malaysia Gpi 2025

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di tengah-tengah dunia yang semakin bergolak dengan peningkatan konflik antarabangsa, Malaysia terus mengekalkan kedudukannya dalam kelompok elit global apabila disahkan sebagai negara ke-13 paling aman di dunia mengikut laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2025.

Malaysia kini berada dalam kategori negara yang mempunyai tahap keamanan “Sangat Tinggi” (Very High) dengan skor keseluruhan 1.469.


Di peringkat serantau, Malaysia terus mengukuhkan dominasinya sebagai negara kedua paling aman di ASEAN, hanya di belakang Singapura yang menduduki tangga ke-6 dunia.

Screenshot 2026 03 26 114329

Kedudukan Malaysia ini jauh meninggalkan negara jiran lain seperti Vietnam (tangga ke-38), Indonesia (tangga ke-49), dan Thailand (tangga ke-86).

Bagi rantau Asia-Pasifik secara keseluruhan, Malaysia kini merupakan negara keempat paling aman, mengekori rapat New Zealand, Singapura, dan Jepun.

Screenshot 2026 03 26 114613

Berdasarkan data GPI 2025, antara penyumbang utama kepada kedudukan tinggi Malaysia adalah skor luar biasa dalam domain Militarisation (Ketenteraan).

Malaysia menduduki tempat ketiga terbaik di dunia bagi domain ini, satu bukti bahawa negara berjaya mengimbangi keperluan pertahanan tanpa perlu terlibat dalam perlumbaan senjata yang agresif atau peningkatan kos ketenteraan yang drastik.

Artikel berkaitan : Indeks Perpaduan Negara Catat Skor Memberangsangkan, Atasi Sasaran RMK12

Artikel berkaitan : Dari Isu Politik Hingga Bencana Besar, Ini 10 Peristiwa Global Yang Berlaku Sepanjang Tahun 2025

Sama ada dari segi penglibatan dalam konflik bersenjata mahupun kestabilan domestik, Malaysia menunjukkan prestasi yang konsisten dalam mengekalkan keharmonian masyarakat.

Untuk pengetahuan semua, GPI menilai keamanan sesebuah negara berdasarkan 23 petunjuk yang dibahagikan kepada 3 domain utama:

Domain Apa yang dinilai?
Ongoing Domestic & International Conflict

Bilangan kematian akibat konflik, tempoh konflik, dan penglibatan dalam perang luar.

Societal Safety & Security

Kadar pembunuhan, jumlah banduan, persepsi terhadap jenayah, keganasan demonstrasi, dan kestabilan politik.

Militarisation

Perbelanjaan ketenteraan (% KDNK), bilangan anggota tentera per 100k penduduk, dan eksport/import senjata.

Pencapaian ini hadir ketika tahap keamanan global secara purata merosot sebanyak 0.36% tahun ini.

Dalam keadaan 97 buah negara dunia menjadi semakin kurang aman berbanding tahun 2008, keupayaan Malaysia untuk kekal di tangga ke-13 dunia merupakan satu kelebihan strategik yang besar.

Sumber : GPI 2025

Sumber: GPI 2025
Sumber: GPI 2025

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.