in

Malaysia Kedua Terpantas Di Dunia Dalam Kelajuan Muat Turun 5G!

Kelajuan 5G Terbaik Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sering dengar tentang teknologi 5G walaupun jarang kita lihat ada yang menggunakannya. Namun baru-baru ini, ada satu berita mengenai perkembangan yang baik berkaitan 5G di Malaysia.



Menurut Open Signal, Malaysia kini berada di kedudukan teratas dalam kalangan 15 pasaran global dari segi kelajuan muat turun 5G dan hanya satu anak tangga di bekalang Korea Selatan. Waaa!

202206 5G Global Benchmark 1

Malaysia dilihat melonjak pada kedudukan yang tinggi bagi kesemua tiga kategori kelajuan 5G seperti di atas iaitu – kelajuan muat turun, kelajuan muat turun puncak dan kelajuan muat naik, di samping pengalaman permainan 5G bagi kategori pengalaman.

Jumlah pengguna masih kecil, nisbah dijangka berkurangan

Dalam analisis yang disediakan syarikat berpangkalan di UK itu, walau bagaimanapun, nisbah purata kelajuan muat turun pengguna menggunakan 5G itu katanya dijangka berkurangan apabila penggunaan 5G meningkat kerana kini hanya ada sebahagian kecil sahaja pengguna 5G di Malaysia.

Adalah penting untuk memahami keadaan yang berbeza bagi pelaksanaan 5G di seluruh pasaran, 5G masih baharu di Malaysia dan pengguna 5G adalah kecil,” katanya.

Shutterstock 1834651084 Scaled 1

Setakat ini, hanya ada dua operator telah mendaftar untuk menggunakan 5G bagi rangkaian borong tunggal, lapor Berita Harian.

Ujian sebenarnya bagi Malaysia katanya akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan akan datang apabila pelbagai operator di Malaysia mula memasarkan 5G.

Ada yang dah guna 5G? Cer bagi feedback sikit! 

Baca: “Akhirnya, lepas 42 tahun!” – Malaysia Menang Besar, Layak Ke Piala Asia 2023

Malaysia

Sumber: Open Signal
Sumber: Techwire

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.