in

Malaysia Beri ‘Subsidi’ Air Mentah Kepada Singapura Berjumlah RM 2,379 Bilion Selama 61 Tahun – Tun M

Air Mentah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia masih lagi menjual air mentah kepada negara jiran pada kadar 3 sen untuk 1,000 gelen sejak tahun 1962.

Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia merupakan negara yang sangat ‘pemurah’ kerana kita bukan sahaja memberi subsidi kepada rakyat, tetapi juga kepada negara asing.


“Sehingga kini kita masih jual air mentah dengan harga 3 sen seribu gelen.

“Perkiraan menunjuk yang Singapura dapat subsidi sebanyak RM39 juta setahun dari Malaysia (Johor) berbanding jika (jualan air) berharga 45 sen untuk 1000 gelen sehari sejak dari permulaan penjualan 250 juta gelen sehari,” katanya dalam satu kenyataan di aplikasi X.

Artikel berkaitan: Tun Mahathir Terkilan & Sedih Ditolak Pengundi Langkawi

Artikel berkaitan: Berjaya Buka Kilang & Cipta Peluang Pekerjaan, Tun Mahathir Kagum Kejayaan Khairulaming

Air Mentah
Gambar hiasan

Menurut beliau, jumlah penjualan air selama 61 tahun, dari tahun 1962 hingga 2023 menunjukkan kerajaan Malaysia telah memberi subsidi kepada Singapura berjumlah RM 2,379 bilion.

“Yang rugi ialah negeri Johor kerana air disedut dari sungai Johor.

“Nasihat saya jual air mentah Johor pada harga 3 sen 1000 gelen sehingga kiamat,” sindirnya.

Difahamkan, Singapura sebelum ini bersetuju membayar 45 sen bagi setiap 1,000 gelen hingga tahun 2011 dan 60 sen mulai 2011 hingga 2061 yang akan berterusan hingga 100 tahun selepas itu.

Bagaimanapun, republik itu kemudiannya menolak apabila Kerajaan Malaysia dilaporkan mengenakan syarat bahawa Singapura perlu membayar 60 sen bermula 2001 hingga 2007 dan RM3 hingga 2011.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.