in

Malaysia Berada Di Tangga Ke-8 Dalam Senarai Negara Paling Bahaya Untuk Memandu Di Dunia

F1 Drive Dn E1653795572393

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan hampir setiap hari kita dengar ada kes kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia melibatkan kereta, motosikal dan kenderaan bermuatan berat sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah.


Baru-baru ini pula, Malaysia telah tersenarai dalam 10 negara yang paling bahaya untuk memandu di dunia dan negara kita ini berada di kedudukan kelapan dalam senarai tersebut.

Drive Dn 2
Gambar sekadar hiasan

Menurut New Straits Times, senarai itu telah dibuat berdasarkan data yang dikeluarkan dikeluarkan oleh Zutobi iaitu sebuah firma pendidikan pemanduan antarabangsa.

Namun, kedudukan Malaysia pada tahun ini nampaknya bertambah baik kerana telah turun dari tangga ketujuh pada tahun lalu ke tangga kelapan pada 2022. Nampaknya ada juga la kan improvement walaupun sikit. 

Difahamkan, Malaysia telah merekodkan skor markah hanya sebanyak 5.63 daripada 10 dari segi keselamatan.

Drive Dn 3
Gambar sekadar hiasan

Selain itu, negara ini juga telah mendapat skor sebanyak 22.5 dari segi kematian lalu lintas bagi setiap 100,000 penduduk. Malaysia berada di tangga kedua selepas Thailand dari segi markah skor terbabit di mana negara jiran merekodkan skor sebanyak 32.3.

Afrika Selatan pula ialah negara yang berada di tangga pertama dalam senarai 10 negara paling bahaya untuk memandu di dunia. Ini kerana hanya 31 peratus penumpang hadapan di sana yang dilaporkan memakai tali pinggang keselamatan.

Di tangga kedua dan ketiga pula ialah Thailand dan Amerika Syarikat kerana menurut data, 29 peratus kematian jalan raya yang berlaku di AS ialah berkait dengan pengambilan alkohol.

Manakala Norway, Iceland, Estonia, Jepun dan Moldova pula ialah antara negara yang paling selamat untuk memandu di dunia.

Rata-rata netizen Malaysia dilihat tidak pelik dengan senarai berkenaan kerana ada yang mengatakan jalan raya di Malaysia juga kebanyakannya berlubang dan boleh membahayakan keselamatan pemandu dan penumpang.

Untuk pengetahuan semua, data dari Zutobi ini telah diperoleh berdasarkan kajian yang melibatkan 53 buah negara termasuk Malaysia.

Semoga tahun depan kita dah terkeluar dari senarai 10 negara paling bahaya untuk memandu di dunia ni, jadi sama-samalah kita jadi pemandu dan pengguna jalan raya yang berhemah. 

Sumber: New Straits Times

Baca: “Silap sikit jauh gaung”- Kenali 7 Jalan Raya Paling Berbahaya & Mengerikan Di Dunia! 

Drive Dn 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.