in

“Silap sikit jatuh gaung” – Kenali 7 Jalan Raya Paling Berbahaya & Mengerikan Di Dunia!

Collage 51

Korang pernah tak tengah bawak laju dekat jalan raya tiba-tiba kereta korang terlanggar lubang besar tengah jalan? Kalau nasib tak baik, boleh pecah tayar dengan rim dan silap-silap hilang kawalan terus. Memang bahaya kan?

Tapi macam mana pulak dengan jalan yang dekat tepi-tepi dia gaung dan memang sangat sempit? Memang mengerikan, silap sikit tak pasal-pasal boleh jatuh gaung. Kecuali kalau korang drive power macam video dekat bawah ni.

Baru-baru ni, Reader’s Digest ada senaraikan 18 jalan raya paling berbahaya di dunia dan disahkan sendiri oleh pakar-pakar yang telah pun cuba memandu dekat jalan raya yang tersenarai ni. Jom baca apa yang ngeri sangat pasal jalan raya ni.

7 Jalan Raya Paling Berbahaya & Mengerikan Di Dunia

1. Col du Chaussy, Perancis

6419965387 Eaa90D447F B

Di ketinggian 5,029 kaki di atas paras laut, jalan raya Col du Chaussy yang terletak di tenggara Perancis ini adalah laluan gunung tinggi yang terkenal. Walaupun panjangnya hanya dua batu je, jalan di sini mempunyai 17 lencongan tajam tau! Walaupun bahaya, tempat ni tetap menjadi pilihan orang berbasikal untuk menikmati keindahan alam dekat sana.

2. Lebuhraya Karnali, Nepal

The Busride

Untuk pengetahuan korang, lebih 50 orang maut di sini setiap tahun menjadikan Lebuhraya Karnali yang terletak di Himalaya ini sebagai antara jalan raya berbahaya di dunia.

Mana tidaknya, permukaan jalan dekat sana memang sangat-sangat berhabuk membuatkan ramai orang tak nampak. Tak cukup dengan itu, jalan dekat sana pun sempit dan banyak kejadian tanah runtuh, batu terjatuh, banjir, jalan berlubang  dan macam-macam lagilah.

Kerana terlalu berbahaya dan dah banyak kemalangan yang berlaku, pihak polis di sana telah melarang orang untuk memandu di situ pada waktu malam tau!

3. Commonwealth Avenue, Filipina

1Akonzd9Sglipmqltfpsi A

Walaupun tak terletak di kawasan gunung, lebuhraya di Filipina ini tetap masuk ke dalam senarai jalan raya paling berbahaya. Ini disebabkan ia mempunyai 18 lanes dan sering penuh dengan kereta. Tak cukup dengan itu, kawasan ini sering banjir dan banyak motosikal dan pejalan kaki lalu lalang di situ. Jalan raya ini juga turut diberi gelaran “Killer Highway” sebab terlalu banyak kemalangan dan kematian yang berlaku di sana.

4. BR-116 (“Rodovia da Morte”), Brazil

E107B8Ef850B27671A2734D35E2Dd2C9

Namanya saja Rodovia da Morte atau Lebuhraya Kematian dah menunjukkan jalan raya ni berbahaya. Lebuhraya ini dikategorikan sebagai bahaya bukanlah sebab jalannya yang dipenuhi batu-batu kecik. Tapi disebabkan cuaca dan tebing curam di sana telah menyebabkan banyak kemalangan serta gangster-gangster yang sering menyorok di beberapa tempat di lebuh raya di sana menjadikan tempat ini bahaya untuk dilalui.

5. Taroko Gorge Road, Taiwan

13 Taroko Gorge Road Shutterstock 295562954 0

Jalan raya ini tersenarai dalam jalan berbahaya di dunia kerana jalannya yang sempit dan sering dipenuhi dengan bas, kereta, skuter, basikal dan pejalan kaki dan kesemua dari mereka cuba untuk memandu di “sudut buta” (blind corners). Kalau korang kena lalu dekat sini, memang kena doa cuaca elok, kalau tak akan ada tanah runtuh, banjir atau batu terjatuh di sana.

6. Atlantic Road, Norway

Kalau tengok dari gambar memang nampak cantik betul tempat ni. Tapi, kalau korang lalu dekat sini, korang boleh rasa macam naik rollercoaster dengan lencongan tajam, selekoh dan pusingan dia. Lepastu kalau hujan, sekejap je korang boleh tak nampak jalan dah dan laut dekat tepi pun akan berombak tinggi. Serammm

7. Zojila Pass, India

Zojila Pass Ladakh3

Berada di ketinggian 11,500 atas paras laut, lebuhraya Himalaya yang menghubungkan Ladakh dan Kashmir ini mempunyai jalan yang sangat tak rata dan hanya sesuai untuk digunakan oleh kenderaan berat. Ketika musim sejuk pula, angin, salji dan hujan membuatkan jalan ni sangat sukar untuk dilalui. Bukan tu je, dekat tepi jalan tak ada penghadang dan gaung dia pun tinggi gila, memang tak sesuai langsung untuk orang yang takut tinggi.

Kalau kereta rosak dekat mana-mana jalan ni, memang ngeri. Apa-apa pun, mana-mana jalan raya pun boleh jadi berbahaya bila cuaca tengah buruk atau ada pemandu yang bawak kereta tak fikir orang lain. Betul dak?

 

Baca: Didakwa Bandar Paling Berbahaya Di Asia Tenggara, Kisah Dari Warga Klang Ni Tepis Dakwaan Mengarut ‘Pihak Luar’

Screenshot 2022 01 24 At 2.27.02 Pm

Sumber: Medium
Sumber: Pinterest
Sumber: YouTube