Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan komitmen Malaysia untuk membangunkan wilayah Gaza di Palestin dengan membina sekolah, hospital dan masjid.
Memetik laporan FMT, komitmen ini adalah sebahagian dari inisiatif yang lebih luas dengan pengelibatan dan kerjasama kerajaan Jepun, untuk mewujudkan dana di bawah Rangka Kerja Kerjasama Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (Ceapad).
Ceapad telah dimulakan oleh Jepun pada 2013 untuk menyokong usaha pembinaan negara Palestin dengan menggunakan sumber, pengetahuan dan pengalaman negara-negara Asia Timur.
Beliau berkata projek itu akan dilaksanakan dengan sokongan sektor swasta dan rakyat Malaysia.
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza telah dibincangkan semasa lawatan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Pada 18 Januari yang lalu, Anwar berkata pembinaan semula wilayah Gaza di Palestin yang hampir musnah keseluruhannya akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 dianggarkan menelan belanja lebih AS$1 trilion.
Baca: “Untuk kenang-kenangan” – Tebusan Israel Yang Dibebaskan H*m*s Dapat ‘Gift Bag’