in

Malaysia Antara Negara Terawal Bakal Lancarkan Set Menu BTS Di McDonald’s Pada 26 Mei Nanti

Cats 92

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut artis kumpulan Kpop iaitu BTS, memang berduyun-duyun peminat diorang ada dari seluruh dunia. Satu dunia weh peminat dia. BTS pernah jadi pemecah rekod, carta teratas dan calon untuk Grammy Awards melalui lagu mereka yang jadi kegilaan ramai yang bertajuk ‘Dynamite’ dan ‘Boy With Luv’.

Bukan itu setakat itu sahaja, artis luar negara lain seperti Halsey, Lauv dan The Chainsmokers pun pernah berkolaborasi dengan BTS menghasilkan lagu mereka bersama. Bukan biasa-biasa BTS ni.


Bts Smaller

 

Malaysia antara negara terawal

Tak lama lagi, peminat BTS yang dikenali sebagai ARMY bakal serbu cawangan McDonald’s terdekat di kawasan mereka untuk mendapatkan set menu baharu yang dipanggil ‘BTS Meal’. BTS dah collab dengan McDonald’s pula sekarang.

Photo6053356053086710806

‘BTS Meal’ ini bakal tersedia di hampir 50 buah negara di seluruh dunia dan Malaysia menjadi salah sebuah negara terawal yang bakal melancarkan menu baharu ini termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Singapura dan banyak lagi.

Pelancaran pertama akan bermula pada tarikh 26 Mei termasuklah di Malaysia dan diikuti dengan negara-negara lain mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Photo6053356053086710807

 

Set Menu BTS

BTS Meal ini direka khas mengikut pilihan ahli BTS itu sendiri yang mempunyai 10 keping Chicken McNuggets, kentang goreng bersaiz sederhana, minuman saiz sederhana serta dilengkapi dengan sos cili manis dan cajun yang sebelum ini hanya ada di McDonald’s Korea sahaja.

Ini kalau nak makan ringan-ringan sesuai la, kalau nak makan untuk berbuka ni memang tak kenyang la cerita dia. 

 

Siap boleh ramal apa akan jadi

Belum lagi sempat dilancarkan, menu baharu ini telah menjadi bualan ramai dan siap ada yang buat ramalan mereka kononnya pergi McDonalds nanti ramai ARMY nyanyi lagu BTS sambil beratur dekat McDonald’s.

https://www.tiktok.com/@zacksenpai_/video/6953343934651223297?_d=secCgYIASAHKAESMgow6%2FCwYYsBhH0GAuC1IvHwCbRzZ6pUkpkvL7v1nlZCUUE1GAcDLndUMmv6bVBFf%2BQcGgA%3D&language=en&mid=6684931754987490053&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=6953343934651223297&source=h5_t&timestamp=1619061127&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

McDonalds dah tak payah susah susah promote, peminat BTS sendiri yang akan promote dengan geng-geng ARMY dia nanti.

 

Sumber: McDonald’s, Business Insider, Zack Senpai

Baca: “Sebaris lagenda seperti Michael Jackson”- Billboard Menamakan BTS Sebagai Bintang Pop Terhebat Tahun 2020

Capture 67

Sumber: Grammy
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.