in

Makmum Dah Lari Sebab Gempa Bumi, Namun Lihat Apa Yang Imam Ni Buat

Imam Kuat Iman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Makmum Dah Lari Sebab Gempa Bumi, Namun Lihat Apa Yang Imam Ni Buat
Loading
/

Semalam (5 Ogos), gempa bumi berukuran 7 skala ritcher telah melanda Lombok sekali lagi sekitar jam 6.46 petang waktu tempatan. Gempa bumi tersebut telah mengakibatkan 91 nyawa manakala berpuluh cedera dan bangunan rosak teruk di sana. Allahuu…


Namun kebanyakan netizen sebak lepas tonton video viral menunjukkan seorang imam kelihatan tenang menunaikan solat Isyak di sebuah masjid kat Bali walaupun tengah gempa bumi. Meskipun Bali tak dekat dengan Lombok, namun kesan gempa tu terasa jugaklah di beberapa tempat di Bali sehingga menakutkan penduduk di sana.

Menurut Tribunnews, pada awalnya jemaah kat masjid tu menunaikan solat seperti biasa. Namun pada rakaat yang kedua, gempa mula menggoncang masjid sehingga ada di antara jemaah nyaris jatuh sebab tak seimbang. Takut dengan apa yang berlaku, beberapa makmum dengan pantas larikan diri tinggalkan imam. Kesiannya!

Imam tu pulak dengan tenang tenang baca Al-Fatihah dan Ayatul Kursi serta dengarnya sempat imamkan Solat Isyak sampai habis. Allahukabar! Syukurlah tak ada apa-apa berlaku. 

Imam Sholat 20180806 092110
sumber: tribunnews

Selain daripada video tu, ada lagi dua video lain dengan situasi yang sama viral kat media sosial. Salah satunya menunjukkan sekumpulan jemaah tengah solat dan tetiba gempa bumi. Dorang sempat larikan diri sebelum siling masjid jatuh timpa mereka.

Sumber: Twitter

Ni pulak lagi satu situasi ketika Solat Isyak di mana sekumpulan jemaah tengah tunaikan solat dan tiba-tiba gempa bumi berlaku. Ramai makmum yang lari dan hanya dua tiga saf je yang bertahan kat depan semasa kejadian tu berlaku. Hebatnya iman mereka! 

Sumber: Facebook

Rata-rata netizen yang menonton video-video ni terasa sebak dan kagum dengan kekuatan iman yang dimiliki imam serta makmum yang masih bertahan ketika gempa berlaku. Didoakan semoga mereka selamat di sana.

Tolong Nabila Ya Auloh
sumber: facebook

Takziah buat keluarga mereka yang terkorban di Lombok. Semoga mereka kuat hadapi dugaan ni. #PrayForLombok 

Baca: Pendaki Dari Malaysia Terkorban Dalam Gempa Bumi di Lombok

Pendaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.