in

“Makin ramai kena bunuh” – Lelaki Ditemui Mati Dalam Keadaan Terlentang, Tangan & Kaki Diikat, Kepala Pula Diserkup Sarung Bantal

Feature 4 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, duduk rumah sendiri pun tidak selamat. Setiap hari ada sahaja kes pembunuhan yang kita dengar di media massa.


Kali ini, seorang lelaki ditemui mati di rumahnya sendiri di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, lapor Sinar Harian. Mangsa telah ditemui mati oleh pihak polis selepas menerima panggilan daripada penduduk Flat Taman Pauh berikutan bau busuk daripada rumah terbabit. Kesiannya.

Bunuh 2

Lelaki ini yang dikenali sebagai Zahari Abdul Hamid ditemui dalam keadaan terlentang di dalam bilik dengan tangan dan kakinya diikat dengan wayar.

Lagi menyedihkan, kepala mangsa yang berusia 48 tahun juga diserkup dengan sarung bantal.

Namun, yang peliknya, pintu jeriji rumah tersebut berkunci ketika pihak polis sampai. Jadi, untuk memecahkan pintu tersebut, pihak anggota bomba pula dipanggil. Jadi, siapa yang kunci pintu tu kalau mangsa dah meninggal?  

Mayat mangsa yang juga dikatakan tinggal bersendirian di rumah itu telah mengembung. Rasanya dah banyak hari dia meninggal ni. 

Bunuh 3

Walaupun rumah mangsa berada dalam keadaan berselerak namun telefon bimbit dan dompet mangsa tidak dicuri.

Kes ini masih lagi berada dalam siasatan pihak polis.

Semoga yang bersalah dibawa ke muka pengadilan. 

 

Baca: “Motif bunuh sebab marah?”- Suspek Kes Bunuh Kerat Lapan Ditangkap, Polis Sahkan Kes Dah Selesai 

Bunuh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.