Tempat kerja ini ibarat rumah kedua kita, mana tidaknya disinilah tempat untuk kita cari rezeki terutamanya untuk yang dah berkeluarga.
Namun begitu, tempat sebegini juga boleh menjadi dugaan buat segelintir pasangan kerana di situ jugalah penyumbang utama dugaan rumah tangga berlaku.
Ada kalanya, kita tak sedar bahawa terdapat individu yang dalam diam ‘ada hati’ dengan insan tertentu biarpun sudah mengetahui insan tersebut sudah berkeluarga.
Kalau iman kuat, kira baguslah, tapi kalau tak kuat iman, mulalah jadi kes orang ketiga.
Ada ‘crush’ dengan suami orang
Ada seorang wanita membuat satu luahan yang dia sebenarnya ada crush dengan seorang lelaki di pejabatnya.
Menerusi Twitter, wanita ini menjelaskan lelaki tersebut memiliki rupa kacak, bertutur dengan lembut dan bijak.
“Masalahnya dia ni suami orang tau. Aku taktaulah kenapa tapi aku tak boleh move on laa. Makin nak lupa makin datang perasaan rindu tu.“
Katanya lagi, dia dan lelaki tersebut berada di jabatan yang sama dan lelaki itu suka menegurnya. Wanita yang berstatus isteri orang ini juga menyatakan bahawa suaminya sendiri tidak bersikap ambil berat sepertimana lelaki tersebut.
“Ada masanya aku sengaja tunggu dia masuk pantry sebab makan sekali. Nanti dia cerita pasal baby kecik dia pastu tunjuk la gambar anak dia tu kat phone. Untungnya lahai wife dia tu dapat suami macam tu.”
Tersuka suami orang. pic.twitter.com/5taJMtGuSh
— Emosi (@ConfessTweetMY) December 6, 2022
Perkongsian yang meraih hampir 6,000 retweets dalam masa sehari itu membuatkan ramai netizen bengang dengan kelakuan wanita tersebut.
Bagi mereka, si lelaki sepatutnya perlu berhati-hati jika ingin berutur dengan wanita lain kerana wanita seorang yang senang catch feeling. Namun begitu, majoriti menyatakan wanita tersebut yang bermasalah.
Hurm, kesahihan mengenai cerita ini memang kita tak tahu, tapi min yakin mesti orang-orang macam ni wujud kan?
Baca : Baru 11 Bulan Kahwin & Pernah Bercerai, Suami Naik Tangan Bila Kantoi Curang Lagi