in

“Makin membiak plak puak ni” – NGO Gunakan Perarakan Hari Wanita Sedunia Untuk Perjuangkan Hak LGBT?

Harianita5

Sempena Hari Wanita Dunia, ada 300 individu berkumpul di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur untuk membuat perarakan semalam.

Menurut Harian Metro, penganjur Juana Jaafar berkata, ia bertujuan untuk membangkitkan tujuh tuntutan termasuk desakan menghentikan semua jenis keganasan berdasarkan jantina dan orientasi seksual.

 

Selain itu, kami juga mahu pihak berkaitan mengharamkan perkahwinan bawah umur, jaminan hak dan kebebasan untuk membuat pilihan ke atas tubuh badan dan kehidupan sendiri.”

Tambahnya lagi ia juga untuk mempertahankan hak pekeja serta gubal akta kesaksamaan gender.

“Gaji sama rata bagi pekerjaan sama nilainya, gubal akta kesaksamaan gender dan mengisytiharkan krisis iklim serta merangka rancangan nasional bagi menangani krisis itu,” 

Perhimpunan itu bermula dari jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari, mereka berarak dari pusat beli-belah terbabit ke Dataran Merdeka.

 

Ada berikan notis tapi…

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah mengesahkan bahawa , pihak penganjur ada memberikan notis yang mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012. Namun begitu…

“Izin daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai pemilik tempat tidak disertakan menjadikan notis yang diserahkan tidak lengkap.”

Walaubagaimanapun, pihak polis tetap mengambil maklum terhadap perhimpunan ini dan sudah mengambil langkah secukupnya untuk memantikan ianya lancar tanpa berlaku insiden yang tak diingini.

 

Dikira bercanggah dengan hukum Syarak – Dr. Ahmad Sanusi

Bagaimanapun, menurut Setiausaha, Mahlis Ulama ISMA (MUIS), Dr. Ahmad Sanusi, ia dikira bercanggah dengan ketetapan yang telah digariskan oleh hukum syarak.

Ini kerana, mereka ada memperjuangkan hak LGBT serta mendorong kebebasan wanita untuk berpakaian dan perjuangkan hak tubuh mereka.

Tambahnya lagi, sebagai Muslim, isu-isu hak asasi kemanusiaan sepatutnya dinilai dengan mizan syarak dan bukannya sekadar panduan akal yang berteraskan neraca pertimbangan Liberal.

Wacana berhubung hak asasi wanita menurut Islam adalah jalan yang lebih baik untuk menjelaskan kepada Muslimah betapa Islam telah mengangkat kedudukan wanita.

https://www.facebook.com/630358917301238/posts/1118942625109529/?d=n

Cara lolongan dan pekikan yang menuntut hak asasi yang dibimbangi bertunjangkan golongan Liberal itu bukan lah gaya wanita Muslimah.

Ramai netizen kurang senang dengan perarakan yang dijalankan semalam.

 

Makin membiak pula puak ni – Netizen

Harianita Harianita2 Harianita3 Harianita4

 

Baca : [VIDEO] Festival Imaan: Festival Muslim LGBT Pertama Di Dunia Bakal Diadakan Di London?

Lgbt