in

“Makin banyak awak doa, lebih banyak wang awak akan terima” – Wanita ‘Offer’ Imam RM26 Untuk Doakan Suami Kena Bala

Ft Bribeimam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Imam adalah antara susuk yang disanjung berikutan imej mereka dan ilmu yang ada di dada. Doa daripada orang yang warak seperti mereka meyakinkan kita terutamnya ketika beribadah. Namun, seorang wanita dari Mesir ini cuba menggunakan khidmat imam demi kepentingan peribadinya.


Menurut laporan, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu telah cuba menawarkan bayaran kepada seorang imam sebuah masjid di Iskandariah untuk mendoakan suaminya.  Difahamkan, wanita itu telah dimadukan selepas suaminya itu berkahwin lagi dan disebabkan perasaan marah serta cemburu menguasai diri, dia mahu perkara yang buruk berlaku kepada lelaki berkenaan.

Imam3

Media tempatan melaporkan wanita tersebut telah menggunakan ‘orang tengah’ iaitu seorang kanak-kanak untuk memberikan nota kepada imam tersebut ketika sedang memimpin solat Tarawih. Imam itu telah didatangi kanak-kanak terbabit dan terkejut apabila mendapat tahu seorang wanita mahu mendoakan suaminya dikenakan bala.

Saya mendengar suara awak ketika solat. Suara awak sangat merdu dan mendayu, seperti Allah SWT akan mendengar doa awak.”

Suami saya telah mengahwini wanita lain. Tolong doakan sesuatu yang buruk menimpanya dari lubuk hati awak. Saya beri awak 100 pound Mesir dan semakin banyak awak mendoakan dia, lebih banyak wang awak akan terima.”

11 56 43 697927

Sudah tentulah imam tersebut tidak bersetuju untuk mendoakan perkara yang buruk dan nota tersebut membuatkan dia berasa kurang senang dengan tindakan wanita berkenaan. Melalui Facebook, imam itu telah memuat naik gambar nota pesanan berkenaan dan posting tersebut menjadi viral serta merta.

Baca: Lelaki Dikecam Buat Video Belanja Isteri Makan Besar Sebab Nak Kahwin Lain, Ini Cerita Sebenar…

Madu10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.