in

Lelaki Dikecam Buat Video Belanja Isteri Makan Besar Sebab Nak Kahwin Lain, Ini Cerita Sebenar…

Madu10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam bab poligami ini, tidak dinafikan agak sukar untuk kebanyakan para isteri menerimanya.


Biarpun ianya sunnah, boleh dikatakan satu dugaan buat ramai isteri untuk berkongsi kasih sayang dengan orang lain.

Dapat lihat sendiri riak wajah seorang isteri ini, apabila si suami memberitahu kepadanya ingin berkahwin lagi satu menerusi video TikTok yang tengah viral.

 

Belanja isteri makan besar

Dalam video itu, si suami belanja isteri makan besar demi memujuk isterinya. Dilihat isterinya makan dengan berselera namun begitu, wajahnya nampak seperti sayu.

@ainaljulung

Ssmoga ada berita gembira selepas ini ?

♬ original sound – indaah028 – @mochi?

Berdasarkan isi kandungan video tersebut, si suami ini belanja makan dulu supaya nak sampaikan berita dan hasratnya untuk kahwin lain.

Ia mengundang rasa tak puas hati netizen atas tindakannya itu, malah menggunakan isu rumah tangga sebagai content.

Madu5 Madu4 Madu3 Madu2 Madu

Namun begitu, tuan empunya badan menyatakan bahawa dirinya tidak kisah dikecam sebab katanya, isterinya itu sendiri yang menyuruh dia buat content sebegitu.

Madu6

Bagaimanapun benar atau tidak jika si suami itu betul-betul ingin menikah lagi satu, ia masih belum diketahui.

 

Baca : “Dah beberapa kali kantoi curang ketika isteri hamil” – Bekas Ibu Mertua Dedah ‘Alasan’ Imam Muda Faris Poligami…

Im

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.