in

“Make sure tak lepaskan!” – Fazura & Chef Wan Mahu ‘Pendera Kucing’ Terima Hukuman Berat

Collage 23

Baru-baru ini, satu video telah viral di media sosial menyebabkan kemarahan orang ramai apabila seorang lelaki dilihat mendera kucing dengan mengumpan haiwan tersebut dengan makanan sebelum membalingnya dengan batu.

Ekoran ini, lelaki berusia 27 tahun itu telah pun ditahan dan hasil siasatan mengatakan suspek bertindak sedemikian kerana tekanan jiwa akibat dibuang kerja. Malah, keluarganya juga mengesahkan yang lelaki ini seorang pencinta kucing dan pernah membela haiwan tersebut.

Pun begitu melalui Instagram, chef selebriti terkenal Chef Wan merasakan perkara ini tidak boleh diambil ringan.

Luah Chef Wan, tindakan lelaki tersebut sangat jahat dan menjijikkan serta perlu diberikan hukuman yang berat.

Ini adalah tindakan yang menjijikkan dan jahat. Mereka perlu dikenakan hukuman yang berat supaya menjadi contoh kepada orang lain bahawa perkara ini tidak boleh diambil ringan.

Tambahnya lagi, dia terkejut melihat video yang tular ini dan tak faham macam mana seseorang boleh bencikan haiwan sehingga sanggup menganiaya seperti itu.

Saya terkejut tengok video tu. Kenapa benci sangat dengan haiwan-haiwan ni? Ada masalah ke dengan otak dorang? Stress tekanan jiwa konon akibat kena buang kerja.

“Ramai lagi yang hilang kerja atau lebih lagi tapi tak ada lepaskan marah kepada kucing. Perbuatan yang menjijikkan.”

Kenyataan Chef Wan ini turut disokong oleh Fazura yang merasakan bahawa pelaku tersebut tidak boleh lepas begitu sahaja.

Screenshot 2022 06 23 At 1.06.02 Pm

Apa-apa pun kita tunggu hasil siasatan penuh dari pihak polis dan harapnya perbuatan seperti ini tak diulangi oleh orang lain.

 

Baca: Gangguan Emosi & Tidak Bekerja, Didakwa Punca Lelaki ‘Seksa’ Kucing Dengan Batu Bata

Screenshot 2022 06 23 At 1.16.01 Pm