in

Makanan Malaysia Terlalu Sedap, Wanita Amerika ‘Geram’ Terpaksa Bandingkan Dengan Negara Lain

Wanita Amerika Geram Terpaksa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain daripada panorama yang indah serta kepelbagaian budaya, antara perkara lain yang menyatukan rakyat malaysia ialah makanan, disebabkan kita hidup majmuk dengan berbilang kaum, maka juadah di Malaysia lebih pelbagai dan sudah semestinya lazat!


Makanan juga menjadi tarikan pelancong ke Malaysia, seperti yang dikongsikan dalam TikTok oleh seorang imigran dari Amerika yang bekerja di Malaysia, ‘mulutnya’ kini sudah terbiasa dengan masakan di sini sehinggakan ia menjadi penanda aras untuk makanan di negara lain.

Artikel berkaitan: “Cepatnya belajar” –  [VIDEO] Ramai Kagum Tengok Mat Salleh Menari Tarian Tradisional Melayu

Artikel berkaitan: “Amboi anak siapa ni?” –  [VIDEO] Wanita Siberia Nyanyi Lagu ‘Lemak Manis’ Buat Netizen ‘Cair’

@lilithinkl

When you move to Malaysia there’s no going back #malaysia #malaysianfoodie #malaysianfood

♬ original sound – Lilith

Menerusi TikTok miliknya, gadis yang dikenali sebagai Lilith berkongsi makanan di Malaysia tidak seperti di negara lain malah dia juga berkata perlukah dia berhijrah terus ke Malaysia.

“Malaysia kita ada masalah okay. Kerana awak telah merosakkan mulut, khususnya selera saya kerana sekarang saya berada di Bahamas.

Saya tidak boleh berhenti membandingkan makanan yang bukan hanya Bahamas, tetapi hampir di mana-mana sahaja saya pergi seperti Thailand contohnya.

Bagaimana saya rasa suka seperti ini? Saya harap saya kembali ke Malaysia. Perut saya boleh menjadi lebih gembira,” katanya.

Dalam video yang sama, Lilith berkongsi sebelum dia sampai ke Malaysia, dia seorang yang sangat cerewet dalam memilih makan namun setibanya dia di sini dia merasakan makanan di Malaysia terlalu enak.

“Come back to Malaysia!”

Video tersebut sudah pastinya dipenuhi dengan komen-komen dari netizen Malaysia yang mengalu-alukan kedatangannya dan rata-rata terhibur dengan kenyataannya itu.

Cats 22

Betul lah dia cakap tu kan? Bab makanan Malaysia memang nombor 1!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.