in

“Makanan auto mahal” – Ini 5 Sebab Kenapa Harga Makanan Mahal Di Kawasan Tumpuan Pelancong

Harga Mahal Tempat Pelancongan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah ‘siakap viral’ masih menjadi perbualan ramai sehingga hari ini dan bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, sebagai seorang yang selalu travel, ada beberapa perkara yang sentiasa perlu diambil kira untuk dimasukkan kedalam kos perjalanan.



Salah satu daripadanya adalah kos untuk makanan. Kalau fikir logik, lagi kerap korang makan, lagi banyaklah perbelanjaan yang dikeluarkan, itu belum lagi faktor lokasi atau jenis makanan yang dimakan.

Namun, pengalaman mengembara ke negara-negara lain termasuk destinasi tumpuan pelancong yang ada di Malaysia ni pun, ada satu persamaan yang boleh dikatakan berlaku di hampir kesemua destinasi yang terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong atau kawasan pelancongan iaitu harga barangan dan makanan akan lebih mahal daripada biasa.

22639355 1964812897178415 5674844763837169664 N

Kita ambil contoh mudah, harga air mineral di kedai biasa katalah RM2, tetapi kalau kita ke kedai yang ada di dalam taman tema atau dijual di tempat tarikan pelancong, mesti harga akan dinaikkan sedikit, boleh jadi RM3, kadang-kadang ada yang jual sampai RM5! Tapi nak buat macam mana, sebab itu sahaja yang ada, maka terpaksalah jugak beli.

Berbalik pada isu harga yang mahal ni, sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan harga di tempat tumpuan ni sebegitu, antaranya adalah :

1. Kadar Sewa Mahal

Umum ketahui, sekiranya kawasan tersebut menjadi tarikan para pelancong pastinya kawasan tersebut akan dikenakan harga sewaan yang tinggi. Menurut perkongsian ini, kadar sewaan kedai atau gerai di kawasan pelancongan merupakan yang paling tinggi berbanding kawasan lain.

Jadi, untuk memastikan pulangan wang modal, peniaga-peniaga terpaksa menggandakan harga barangan. Nama pun berniaga, mana ada orang meniaga nak rugi kan? 

 

2. Lokasi

Sebahagian daripada lokasi atau destinasi pelancongan ni bukan terletak di kawasan bandar, ada yang di atas pergunungan, di pulau dan sebagainya. Jadi, peniaga-peniaga perlu mengeluarkan kos yang lebih untuk pengangkutan selain perlu memenuhi permintaan pelancong yang kesana.

Maldives

Selain lokasi yang kadangkala terletak jauh di pedalaman dan mengambil masa yang lebih lama untuk menerima bekalan, ada antara makanan ini perlu dipastikan tahap kesegarannya jadi dekat sinilah peniaga akan ‘main harga’ untuk memastikan mereka tidak rugi.

 

3. Kos

Selain dari dua faktor sebelum ini, kos yang lebih tinggi adalah punca barangan terpaksa dijual lebih mahal daripada biasa. Antara kos yang selalunya kita tak nampak adalah kos operasi, yang mana mungkin tuan kedai terpaksa mengeluarkan lebih banyak modal untuk membayar pekerja, minyak untuk lori penghantaran dan lain-lain.

Danau Toba

Salah satu contoh mudah, bandingkan sahaja harga keropok di ‘bawah’ berbanding harga keropok yang dijual di kawasan tanah tinggi, Genting Highlands misalnya.

 

4. Faktor Musim

Kalau korang nak tahu, sektor pelancongan pun ada musim tau. Biasanya sering dipanggil sebagai low-season atau peak-season. Biasanya musim ini ditentukan dengan jumlah kedatangan pelancong ke sesetengah kawasan pelancongan tersebut.

Kalau dekat negara kita sendiri, korang boleh jumpa dua harga pada hotel, iaitu harga musim puncak atau harga biasa.

Biasanya bila tiba waktu puncak ni, kedai-kedai akan tak menang tangan untuk melayan pelanggan, jadi mereka akan mengenakan harga tinggi sesuai dengan permintaan. Bila permintaan berkurang, barulah harga akan diturunkan seperti biasa. Ini perkara biasa dalam dunia perniagaan.

 

5. Psikologi Perniagaan ‘Sekali’

Biasanya, model perniagaan yang diterapkan ditempat yang menjadi tumpuan pelancongan ni adalah pembeli ‘sekali’. Dalam erti kata lain, pelancong yang datang tidak mungkin atau berkemungkinan kecil sahaja akan membuat pembelian kali kedua yang biasa dipanggil repeat customer.

Jepun Sibuk Pelancongan

Jadi bila tidak bergantung kepada pelanggan yang membuat pembelian semula ini, pekedai akan mengambil peluang ini dengan sengaja meletakkan harga yang tinggi selain biasanya pelancong yang tengah seronok bercuti ni, jarang dia nak berkira. Lebih-lebih lagi kalau bab makan. Betul tak? 

Sebagai kesimpulan dekat sini, korang yang pergi bercuti tu kena pandai semak atau bandingkan dahulu harga semasa dan harga di tempat percutian korang tu. Kalau melampau sangat, boleh je cuba cari tempat yang lebih murah.

Tapi, mengikut pengalaman lah kan, kalau satu kedai jual harga itu, seluruh peniaga dalam kawasan yang sama juga akan meletakkan harga yang lebih kurang, tak ada yang akan ‘buang’ harga. Tak percaya? Lepas ni kalau korang pergi bercuti mana-mana, cuba survey harga mana-mana barang.

Baca : “Memang berbaloi, sedap, persekitaran cantik” – [VIDEO] DSV Terjah Restoran Siakap Kayangan Viral

Collage 22

 

Sumber: Pexels
Sumber: Pexels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.