in

“Memang berbaloi, sedap, persekitaran cantik” – [VIDEO] DSV Terjah Restoran Siakap Kayangan Viral

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang tahu, Dato’ Seri Vida (DSV) sekarang sedang bercuti di Langkawi bersama anak-anaknya.


Bila bercakap pasal Langkawi, pasti teringat mengenai kontroversi ikan siakap mahal yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sebelum ini DSV ada memberitahu yang dia nak bayarkan harga siakap kepada pelanggan yang terlibat namun tawaran tersebut ditolak baik oleh mangsa dan meminta usahawan ini untuk berikan wang tersebut kepada orang yang lebih memerlukan.

Terbaru, menerusi Instagram peribadi, jutawan kosmetik ini telah membuat keputusan untuk ‘menerjah’ restoran siakap viral tersebut alang-alang berada di pulau itu.

Kedatangan DSV ke restoran tersebut telah disambut baik oleh pemilik restoran bernama Norasyikin ini sekaligus memberi kesempatan untuknya menjelaskan isu yang berlaku baru-baru ini.

Norasyikin telah membawa DSV melihat di sekitar kolam ikan peliharaannya sebelum memilih ikan siakap seberat 1.5 kilogram serta beberapa menu lain.

Kesemua hidangan yang dijamah oleh DSV ini berjumlah RM918 namun usahawan ini mengatakan harga tersebut sangat berbaloi kerana makanan yang dimasak sedap dan pemandangan persekitaran pun cantik.

Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tuduhan mengatakan tuan kedai cekik darah.

“Saya makan habis beratus-ratus memang berbaloi, dengan rasa sedap dan keadaan persekitaran yang cantik. Nak berniaga dalam hutan ni, ingat pelanggan ramai datang?

Di ruangan komen, penyanyi Nora Ariffin turut menyokong kenyataan DSV dan faham kenapa harga siakap itu dijual lebih mahal dari biasa.

Screenshot 2021 11 11 At 1.30.09 Pm

Manakala rata-rata netizen lain memuji sikap DSV yang menyokong perniagaan peniaga ini dan turut terliur dengan makanan yang dihidangkan.

Apa-apa pun, min tetap tak mampu nak makan siakap RM16 100 gram. Mampu tengok je lah…

 

Baca: “Bukan nak sombong” – Mangsa ‘Siakap Kayangan’ Tolak ‘Offer’ DSV Untuk Bayar Harga Ikan

Screenshot 2021 11 11 At 1.38.49 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.