in

“Makan wetfood sahaja?” – Ini 4 Kesilapan Yang Sering Dibuat Oleh Pemilik Kucing

Ft Prodiet

Kucing merupakan haiwan peliharaan kedua paling popular di seluruh dunia selepas anjing. Selain karakternya yang manja dan suka dibelai, kucing juga merupakan haiwan yang pandai berdikari dan suka bermain. 

Tidak kiralah apa baka kucing yang dipelihara, ada yang menganggap kucing tersebut sebagai ahli keluarga sendiri. Layanan terbaik pastinya diberikan kepada kucing kesayangan seperti makanan dan barangan berkualiti yang diproses menggunakan teknologi tinggi dengan kawalan kualiti (QC) yang ketat.

Lm Gambar Hiasan 49

Namun begitu, ada juga segelintir pemilik yang bersikap acuh tak acuh dan bersikap sambalewa dalam penjagaan haiwan tersebut dan ada kalanya sesetengah daripada pemilik kucing ini terlepas pandang beberapa perkara seperti : 

  • Kerap bertukar makanan

Korang kena tahu yang pertukaran makanan kucing perlu dilakukan secara berperingkat. Sekiranya makanan ditukar secara kerap dan mengejut, ia dikhuatiri boleh menyebabkan cirit birit, muntah dan menyebabkan gangguan sistem pencernaan kucing korang tu.

Sebenarnya, cara yang betul ialah dengan mengekalkan 3/4 makanan lama dan hanya menggunakan 1/4 makanan baru pada hari pertama dan kedua. Kemudian, secara berperingkat boleh tambah makanan baru tersebut sehingga lah bertukar sepenuhnya.

  • Jarang basuh bekas makanan & air

Menurut perkongsian oleh Pusat Perubatan Veterinar di Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), sebenarnya bekas makanan dan air kucing perlu dibasuh setiap hari menggunakan air dan juga sabun.

Lm Gambar Hiasan 50

Sebabnya, bekas makanan kucing tersebut berpotensi menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh merebak ke dalam perut kucing semasa makan. Bakteria ini akan terkumpul dan menjadi lebih banyak sekiranya makanan dibiarkan terlalu lama tanpa ditukar atau tanpa bekas tersebut dibasuh.

Kalau betul pun tak sempat nak basuh hari-hari, setidaknya buang sisa kibble yang ada sebelum ditambah dengan yang baru. Barulah si bulu korang tu tak senang sakit perut.

  • Tak berikan perhatian

Walaupun kucing merupakan haiwan yang pandai berdikari dan selalu kelihatan ‘tenang’ tanpa pedulikan kita, ia sebenarnya perlukan perhatian yang lebih daripada yang kita jangka.

Lm Gambar Hiasan 51

Sebenarnya, sekiranya korang membawa pulang atau berhajat nak ada kucing, pastikan setidak-tidaknya korang boleh luangkan masa sekitar 20 minit setiap hari untuk bermain dengan kucing korang tu. Salah satu cara nak kenal pasti sama ada ia cukup perhatian atau tidak ialah apabila diorang ni mula buat perangai atau ‘bercakap’ dengan korang.

  • Bagi makanan basah sahaja

Makanan basah sememangnya akan digemari oleh kucing korang disebabkan aroma dan rasanya. Pun begitu, adalah tidak digalakkan sekiranya kucing korang tersebut diberikan hanya makanan basah atau wetfood sahaja.

Sebabnya, kucing yang bergantung kepada makanan basah ini biasanya akan menyebabkan pengumpulan plak pada gigi kucing tersebut. Menurut kajian, keadaan gigi kucing yang diberikan makanan kering lebih baik berbanding yang hanya diberikan makanan basah.

Biasanya, veterinar akan syorkan supaya campuran makanan basah dan kering diberikan pada kucing kesayangan kita. Sama ada nak bagi serentak dengan gaulkan kedua-duanya atau selang seli, itu terpulang pada korang dan selera kucing tersebut.

Kesihatan yang baik, bermula dengan pemakanan yang baik

Jujur cakap, sebagai seorang pemilik kucing, perkara yang paling ditakutkan adalah sekiranya kucing kita sakit dan lebih menyedihkan lagi sekiranya sakit tersebut menyebabkan kita kehilangan ‘ahli keluarga’ yang kita sayang.

Sebab itu adalah sangat penting untuk kita baca dan faham setiap isi kandungan dalam makanan yang kita nak beri pada ‘anak-anak’. Sebagai contoh, berapa kandungan proteinnya, kandungan garamnya dan lain-lain.

Sebagai contoh; kita ambil jenama ProDiet yang baru-baru ni ada perkenalkan rangkaian produk dengan formula yang diperbaharui dan dilengkapi dengan ProCare Technology yang mana ia direka untuk memudahkan penyerapan protein oleh perut kucing dan membantu mengurangkan alahan.

Jpgforviewing

Bahasa mudahnya, perut kucing tak perlu berkerja keras untuk cernakan makanan selain penyerapan nutrien berlaku dengan lebih mudah, jadi kucing korang menerima nutrisi yang cukup setiap hari.

Selain itu, kibble ProDiet ni lebih padat dengan nutrien yang diperlukan oleh kucing korang berbanding jenama lain yang seangkatan dengannya di pasaran. Rangkaian terbaharu ProDiet ni juga disediakan menggunakan daging kitar semula gred manusia yang premium, menjanjikan kibble yang berkualiti tinggi, tidak merisaukan dan paling penting ia mengutamakan kesihatan serta kegembiraan si comel korang tu.

ProDiet dengan ProCare terdapat pada semua produk kibble ProDiet untuk semua peringkat umur kucing dan kesemua saiz.

Pd Revamp Posm Poster Ol

Dari segi kandungan; ia mengandungi PEPTIDA dengan molekul Asid Amino yang 30 kali lebih halus, secara tak langsung ia akan memudahkan kebolehcernaan protein sebanyak 8.5%.

Selain itu; kalau korang perasan, ProDiet sekarang ni juga sudah berwajah baru. Pembungkusan lebih moden direka agar lebih menonjol dan meraih perhatian pemilik kucing macam kita dengan warna yang menyerlah, rekaan grafik lebih memikat dan label yang lebih informatif.

ProDiet berwajah baharu ini tersedia untuk semua jenis makanan kering untuk kitten, adult dan juga senior cat dan tersedia dengan saiz 500g, 1.3kg, 1.4kg, 1.25kg dan juga 8kg.

Lm Gambar Hiasan 48

Paling menarik, kibble rangkaian produk 1.4kg ProDiet mengandungi extra 16% * berbanding kebanyakan jenama lain. Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan rangkaian produk ProDiet di kedai berhampiran. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Sumber: ProDiet
Sumber: ProDiet