Walaupun begitu ketara gerangan ‘isteri lindungan kaabah’ ditahan polis beberapa hari lalu, ia masih belum disahkan oleh mana-mana pihak walaupun jelas kelihatan Da’i Farhan dikatakan berada di mahkamah.
Terbaru, tuan empunya badan sendiri dah tampil mengakui itu adalah dirinya sendiri. Nampaknya isu tentang mereka kembali menjadi hangat apabila isteri pendakwah itu dikatakan tipu duit sehingga RM 11,000.
Norainul Naqim Mohd Radzi telah di tahan polis di pejabatnya di Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Makan nasi kosong dgn ikan jacket xdak lah apa sangat”
Menerusi Instagram, dia ada ‘munculkan diri’ memberi kenyataan berhubung dengan isu itu selepas dua hari ditahan di dalam lokap.
Katanya, dia terima dengan hati terbuka dan tak rasa malu atas apa yang berlaku kepada dirinya. Dia hormat dengan keputusan undang-undang yang dijalankan.
Tambahnya lagi, dia sikit pun tak kisah bermalam di lokap, dia juga sempat berseloroh mengatakan yang tak semua rakyat Malaysia ‘makan dedak’.
Baca : “Isteri lindungan kaabah ke tu?” – Isteri Pemenang Program Da’i Ditahan, Menipu RM11,000!