in

Raja Keju! – Diet Pelik Makan Keju Setiap Hari Buatkan Lelaki Ini Ada Six-Pack!

Makan Keju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang “ketagih” makan keju telah menghabiskan lebih £60,000 (RM341,896) untuk membeli keju cheddar setiap hari.


Mark King, 54, akan makan satu blok keju bersama dua keping roti setiap hari. Dia juga telah mengamalkan diet yang sama selama bertahun-tahun dan akan makan sekurang-kurangnya dua blok keju sehari.

Menurut berita yang dikongsikan di dalam laman sesawang MirrorCo itu, Mark akan makan sebanyak 4 blok keju jika isterinya, Tracey, 49, membenarkan.

Makan Keju
Berita tentang mark king dalam surat khabar tempatan

Walaupun mengamalkan diet yang luar biasa, Mark masih lagi sihat dan dapat meneruskan hidup seperti biasa. Malah, bapa kepada empat anak ini mempunyai six-pack selepas ‘terbiasa’ dengan diet produk tenusu ini!

Tambah Mark lagi, dia akan makan keju dalam setiap hidangan. Namun, dia tidak menyukai “macaroni and cheese” dan “cauliflower cheese” kerana tidak cukup ‘berkeju’ untuknya.

“Benar, suami saya makan lebih banyak keju berbanding orang lain. Setiap hari, dia akan makan 2 blok keju cheddar,”kata Tracey.

“Saya juga ada memuat naik beberapa video di akaun TikTok saya. Video-video tersebut mendapat jutaan tontonan dan ribuan komen yang mengatakan bahawa dia akan mengalami serangan jantung sekiranya terus makan keju setiap hari.

“Tetapi, suami saya sangat sihat, saya tidak fikir dia akan mengalami serangan jantung. Malah, Mark juga sangat berotot.

“Saya pernah membawa suami berjumpa doktor untuk pemeriksaan tetapi semuanya normal”, jelas Tracey lagi.

Tracey menjelaskan bahawa Mark akan menghabiskan sekitar £7 (RM40) sehari untuk membeli keju.

“Tetapi, suami saya tidak merokok. Jadi, saya tidak kisah jika duit tersebut digunakan untuk membeli keju berbanding rokok yang berharga £20 (RM114).

“Dia juga tidak akan memakan ‘macaroni and cheese’ kerana dia tidak suka pasta,” kata Tracey mengakhiri temu bual bersama MirrorCo.

Sumber: MirrorCo

Baca: Susu Dah Masam Jangan Buang, Boleh Ikut 4 Panduan Wanita Ini Untuk Jadikan Homemade Cheese

Buatkejusendiri E1685876738719

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.