“Mak sakit telantaq macam tu pun hang selera” – Anak Lelaki Cabul Mak Kurang Upaya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebagai seorang anak mestilah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Kebajikan dan keselamatan keluarga terutamanya ibubapa perlu diambil kira. Jangan dah meningkat dewasa tapi abaikan tanggungjawab sebagai anak.

Berlaku satu kejadian di Langkawi dimana seorang anak lelaki berusia 21 tahun tergamak mencabul ibunya kandungnya sendiri yang lumpuh separuh badan ketika mangsa sedang berehat di ruang tamu. Difahamkan, lelaki tersebut di bawah pengaruh dadah, lapor Harian Metro. 

Mangsa terkejut apabila didatangi suspek sebelum payudaranya dicabul oleh suspek. Ish, dengan mak sendiri takkan nak buat macam tu.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim suspek telah ditahan malam tadi berikutan laporan yang dibuat oleh adik suspek kira-kira jam 3 petang semalam.

Mengikut laporan, adik perempuan suspek menyedari akan kejadian itu sewaktu menonton televisyen, apabila mendengar jeritan dan tangisan daripada ibunya.

Adik suspek bertindak menolak dan memarahi suspek daripada terus mencabul ibu mereka, tambahnya.

Suspek terus melarikan diri keluar rumah dan difahamkan perbuatannya ini bukan kali pertama berlaku.

Apa nak jadi!

Please jangan libatkan diri dengan dadah. Ingat keluarga masing-masing. 

Baca : “Ada yang tercampak keluar” – Rombongan Cikgu Kemalangan Sebab Brek Rosak, Pemandu Pula Positif Dadah

 

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Rofiie

Suka dengan aktiviti lasak. Juga penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan. Maybe lagi selesa pakai sneakers daripada heels