in

“Ada yang tercampak keluar” – Rombongan Cikgu Kemalangan Sebab Brek Rosak, Pemandu Pula Positif Dadah

Cikgu Accident

Rombongan bas yang membawa guru Sekolah Menengah TTDI Jaya, Shah Alam terlibat dalam kemalangan di Kilometer 42.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hala timur, Jumlaat malam (7 Mac 2020).

Menurut Harian Metro, bas membawa 39 penumpang itu dalam perjalanan ke Kelantan dan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler kira-kira jam 11.50 malam.

 

Brek rosak, terbabas langgar penghadang jalan dan treler

Bas2

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusuf Unis berkatabas itu hilang kawalan disebabkan brek gagal berfungsi dan terlanggar treler yang dipandu lelaki berusia 32 tahun dari arah sama.

Sebaik tiba di lokasi kejadian iaitu jalan menuruni bukit, brek bas berkenaan dipercayai gagal berfungsi menyebabkan pemandu mengelak ke kiri.

Tindakan itu menyebabkan bas berkenaan melanggar besi penghadang jalan serta sisi kiri belakang treler itu sejauh 100 meter ke hadapan sebelum berhenti.”

Kemalangan itu menyebabkan 5 mangsa cedera dengan dua daripadanya parah dan dihantar ke Hospital Temerloh dan tiga lain cedera ringan telah dihantar ke Hospital Bentong untuk dirawat.

Bas5

 

Pemandu bas positif dadah

Dalam pada itu, polis turut jalankan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas berusia 31 tahun dan mendapati keputusannya positif dadah jenis methaphetamin.

Pemandu bas berkenaan kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Bas1

Bas3

 

“Ada yang tercampak keluar dari bas” – Mangsa

Melalui satu posting di Twitter, perkongsian di Whatsapp viral di mana salah seorang mangsa menceritakan detik kejadian itu berlaku. Sehingga kini, mereka masih terkejut dan berharap semua mendoakan semua mangsa.

Saya ada dalam bas tu. Saya tak mampu nak cerita, masih lagi terkejut ni badan lebam-lebam. Ada yang tercampak keluar dair bas. Dalam bas kami tersepit dan ramai yang patah.”

Bas

 

“Doakan my mom, guys”

Anak salah seorang guru yang cedera parah, Cikgu Suzita turut berkongsi di Twitter perkembangan ibunya. Mangsa yang mengalami kecederaan tulang rusuk patah itu dikatakan stabil dan sudah sedar namun masih diletakkan dalam wad pemantauan.

Doakan semua mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini. Semoga dipermudahkan urusan.

Baca: “Ada berapa org dlm tu?” – Detik Cemas Polis Trafik Cuba Selamatkan Mangsa Kemalangan Dalam Parit

3328Ce83 E5F2 4021 85Fd 9410B4F1Aa2D

Sumber: Twitter
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter