in

“Mak dia tak jelaskan betul2” – Iqbal ‘Salahkan’ DS Vida Sebab Anak Tak Kasi Kahwin?

Fi Dsv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kira-kira nak dekat sebulan dah, kita dengar khabar tentang kemelut perancangan untuk perkahwinan usahawan kosmetik terkenal Dato’ Vida, bersama bekas pembantu peribadinya iaitu Iqbal.

Pada mula, semuanya kelihatan baik dan mereka dikhabarkan akan bernikah pada hujung tahun ini. Namun segalanya berubah apabila anak-anak DSV iaitu Cik B dan Kacak seakan tidak bersetuju dengan pilihan ibu mereka bersama lelaki jauh lebih muda.


 

Iqbal salahkan DSV?

Dapat kita lihat sejak akhir-akhir ini, di mana Cik B secara terang-terangan tak setuju dengan perancangan ibunya itu. Ini membuatkan Iqbal terkilan, dan berpendapat bahawa peranan Dato, Vida sendiri untuk meyakinkan anak-anaknya itu.

Menerusi sebuah perkongsian sesi live yang dimuat naik semula melalui akaun di TikTok, menunjukkan Iqbal seakan-akan menyalahkan usahawan tersebut sebab tak menjelaskan sebaik mungkin kepada anaknya.

Iqbal seakan kecewa dengan perkara itu, ditambah pula dengan dakwaan dilemparkan dengan menyatakan lelaki tersebut hanya mahukan harta DSV sahaja.

https://www.tiktok.com/@syedstorybook2/video/7010797472750538011?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

 

Tolak rumah berharga RM 2 juta lebih

Selain itu juga, Iqbal berpendapat bahawa penjelasan dari Dato’ Vida amatlah penting kerana ia akan menjejaskan nama baik pemuda berusia 27 itu sendiri.

Iqbal turut menambah, yang dia pernah menolak tawaran rumah bernilai jutaan ringgit beserta kereta yang berharga ratusan ribu ringgit oleh wanita berkenaan. Ini kerana dia berpendapat bahawa dirinya sudahpun bekerja dan mempunyai perniagaan yang perlu diurus ketika itu.

https://www.tiktok.com/@syedstorybook2/video/7010913116137573659?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

 

“Cik B nampak je macam tu tapi dia lebih matang dan tahu…”

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat ditunjukkan oleh rata-rata netizen yang menonton penjelasan Iqbal. Ada berpendapat seperti lelaki tersebut tak wajar untuk menyalahkan DSV sepenuhnya sebab dia sendiri pernah berjanji untuk menjaga Cik B dan Kacak, maka perlu melakukan apa sebaiknya untuk menjernihkan keadaan.

Selain itu juga, ramai yang berpihak kepada Cik B yang dilihat matang memikirkan apa terbaik untuk ibunya sebab tak mahu kecewa akibat percintaan berulang kembali.

Reak Iqbal Salahkan Dsv 2 Edit Reak Iqbal Salahkan Dsv 1 Edit Reak Iqbal Salahkan Dsv 3 Edit

Apa-apa pun, kita doakanlah supaya segala penyelesaian dapat dinoktahkan dengan cara yang baik untuk mereka semua.

Sumber : @Abiey Victor 2

 

Baca : “Kacak menangis…nak saya jaga ibu dia” – Berjaya Pujuk Anak Lelaki DSV, Iqbal Harap Cik B Pun Lembut Hati

Foot Iqbal Salahkan Dsv

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.