“Mak ayah tak pantau, lepastu salahkan driver” – Video Budak Melambung Dilanggar Kereta, Netizen Salahkan Parents?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Mak ayah tak pantau, lepastu salahkan driver” – Video Budak Melambung Dilanggar Kereta, Netizen Salahkan Parents?

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Antara perkara paling penting sekali bila membesarkan anak-anak adalah menjaga keselamatan mereka. Salah satu caranya adalah dengan ajar anak melintas jalan.

Yelah, bila anak melintas tak tengok kiri atau kanan, kalau berlaku apa-apa, siapa yang kita patut salahkan?

Macam satu video yang dikongsikan oleh MyWatch di Twitter ni. Dalam video ni, korang boleh tengok sorang budak berlari lintas jalan sebelum dia melambung dilanggar kereta gara-gara tak tengok kiri kanan.

Rata-rata netizen, memang setuju dengan kapsyen yang dikongsikan oleh MyWatch ini. Mana taknya, budak tu tiba-tiba muncul kot!

Nasib baiklah lepas kereta ni langgar budak tu, budak ni melambung, kalau dia kena lenyek dengan kereta tu dah lain pula ceritanya.

Ramai juga orang yang nasihatkan betapa pentingnya dashcam ni kalau tak ada bukti, mesti orang tak percaya driver ni tak salah. Betul jugak kan?

Tapi korang semua tak yah risau, menurut salah seorang netizen, budak ini tak ada apa-apa kecederaan yang serius dan dia sebenarnya merupakan cucu kepada peniaga pisang goreng di kedai tepi jalan berdekatan tempat kejadian.

Haih, nasib baiklah tak ada apa-apa. Parents, please pantau anak korang, kalau tak boleh pantau pun make sure dorang tahu cara nak lintas jalan. Bahaya ni…

 

Baca: “Tak pasal kena langgar” – Akibat Bawa Sesuka Hati, Penunggang Moto Berkuasa Tinggi Ini Terima Kecaman Netizen

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson