in

Majlis Kahwin Di Indonesia Berkonsep ‘COD’, Bawa Pengantin Lelaki Dalam Kotak

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka yang sering membeli menerusi atas talian, pasti sudah biasa dengan terma ‘Cash on Delivery’ atau COD. COD bermaksud pembayaran hanya akan dibuat sejurus barang yang dibeli dihantar kepada pembeli.

Cuba bayangkan konsep COD ini digunapakai dalam majlis perkahwinan, macam mana tu?


Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial berkenaan majlis kahwin yang berkonsepkan COD. Uniknya majlis ini, pengantin lelaki dihantar menerusi sebuah kotak besar seolah-olah dia adalah barangan yang dihantar. Kejadian dilaporkan berlaku di Indonesia.

2 5

1 6

Difahamkan, pengantin lelaki tersebut bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat logistik di Indonesia. Menerusi video tersebut, terlihat sebuah kotak besar dibawa menggunakan sebuah lori, sebelum dibawa turun oleh orang ramai.

Kemudian, kotak tersebut diusung oleh para pengapit yang memakai helmet seperti seorang penghantar barang yang sedang bertugas. Selepas beberapa saat, kotak tersebut dibuka untuk ‘dihantar’ kepada pengantin perempuan.

Pengantin lelaki yang berpakaian kot lengkap beserta songkok itu disapa oleh orang ramai, sebelum berjalan ke pentas pelamin. Majlis kahwin tersebut kelihatan meriah dan berjalan lancar seperti biasa.

https://www.instagram.com/p/CoYjwbtPgDb/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Video ini ternyata mencuri perhatian ramai warganet, terutamanya dari Indonesia. Rata-ratanya beranggapan ini hanyalah taktik pemasaran syarikat tersebut yang mahu mempromosikan jenama mereka kepada orang ramai.

Namun, ada juga yang beranggapan pengantin lelaki itu terlalu cintakan kerjayanya sehingga dijadikan sebagai konsep dalam majlis perkahwinannya sendiri.

Apa pendapat anda tentang konsep majlis kahwin ini?

Kredit: makasar_info

BACA: Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!

Cats 20

Sumber: makasar_info
Sumber: makasar_info

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.