in

“Main suka-suka je” – HARAM! PU Salman Jelaskan Hukum Main Filter Ubah Wajah Jantina Lain

Featured Image 3 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini sudah menjadi trending di media sosial, sebuah aplikasi yang terdapat filter ubah muka seseorang jantina berlawanan. Bukan sahaja netizen malah golongan selebriti turut mencuba aplikasi ini. Niat mereka hanyalah suka-suka, bukan nak ubah betul-betul pun…


Filter7

Filter8

Walaupun di anggap suka-suka, sebenarnya filter dari aplikasi ini haram dari sudut agama Islam tau…

Menerusi perkongsian Pencetus Ummah Salman di Facebook, beliau telah menerangkan hukum terhadap filter yang menjadi trending itu.

Filter1

 

Menyamai Ciptaan Tuhan

Menurutnya, terdapat hadis sahih berkenaan pengharaman dengan gambar-gambar makhluk hidup. Gambar yang dimaksudkan adalah, gambar yang boleh kita ubah wajahnya menjadi sesuatu rupa yang lain.

Filter2

 

Mengubah Ciptaan Tuhan

Walaupun ianya sekadar gambar, bila kita mengubahnya perkara itu akan jatuh hukum haram. Tambah-tambah kalau menyentuh bab jantina.

Filter3

Sekaligus, perkara ini turut menafikan kemuliaan ciptaan Allah pada kaum Adam dan Hawa.

Filter4

 

Tassyabuh / Menyerupai jantina lain

Perkara ini sudah terang-terang kita tahu, memang haram jika seseorang menyerupai jantina berlawanan. PU Salman siap sertakan hadis yang sahih tau…

Filter5

 

Mempersendakan Gambar Orang Lain

Dalam perkara ini, PU Salman menegur bagi mereka yang cuba ‘mengenakan’ kawan sendiri. Boleh jatuh dosa jika niatnya untuk menyakiti hati rakan sebenarnya weyh…

Filter6

Sementara itu, Pendakwah, Dr Nur Mohammad Hadi turut menyatakan perkara ini turut mengaibkan dan menjatuhkan maruah diri sebagai seorang muslim, lapor Al-Hijrah.

 

Baca: Menyesal Tukar Jantina, Ramai Transgender Nak Kembali Kepada Fitrah Asal Mereka

Annotation 2020 06 22 132841

Sumber: Goggle
Sumber: Google
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.