in

Menyesal Tukar Jantina, Ramai Transgender Nak Kembali Kepada Fitrah Asal Mereka

Untitled Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu lagi isu yang suatu ketika dahulu agak taboo, namun lama kelamaan semakin menular dan kini dianggap seperti perkara biasa pula dalam masyarakat timur — iaitu penukaran jantina.

Agak asing kedengaran bagi kita, namun ia bukan sesuatu yang menghairankan dalam dunia LGBT yang penuh dengan kecelaruan gender, mental, kehendak dan identiti.


Dan bukan sekali dua kita mendengar kisah hijrah daripada golongan yang pernah tergelincir dari pedoman dan acuan hakiki kehidupan sebagai seorang manusia — sebenarnya kisah sama turut berlaku di benua lain yang jauh terpisah dari kita di timur, golongan ini mahu kembali kepada fitrah asal mereka.

Meskipun negara barat dilihat begitu terbuka terhadap golongan seperti ini, namun penerimaan itu tidak memberi jaminan mereka mahu dan akan selama-lamanya kekal hidup dalam penafian — kerana hakikatnya, mereka di sana juga sama seperti manusia lain.

Perkara itu didedahkan seorang individu kepada DailyMail UK baru-baru ini.

Charlie Evans, yang dilahirkan sebagai wanita namun mahu berpewatakan seperti seorang lelaki selama hampir 10 tahun kini memutuskan untuk berhenti mengambil testosterone — untuk kembali menjadi seorang wanita sejati.

Setelah keputusannya itu didedahkan kepada umum, ramai yang meminta bantuan dan sokongan daripadanya untuk melakukan perkara yang sama.

 

 

Dedahnya lagi, ramai transgender yang menghubunginya dan memaklumkan mereka ingin membatalkan prosedur penukaran jantina di hospital dan lebih mengejutkan — ramai juga yang mengakui mereka menyesal kerana telah terlanjur menjalani prosedur menukar jantina.

Charlie turut dijadual menjalani operasi membuang payudara tahun ini, namun dia mula meragui keputusan tersebut sebelum memutuskan untuk menghentikan pengambilan hormon — dan seterusnya, membatalkan prosedur berkenaan.

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang data sahih yang berjaya dikumpulkan untuk menyokong kenyataan tersebut dan Charlie kini sedang menubuhkan satu kumpulan sokongan untuk memberi bantuan kepada golongan transgender yang mahu kembali kepada jantina asal mereka.

 

Baca: “Perempuan tulen okay tak tu?” – Kecoh di Twitter Ramai Gadis Tergugat Sebab Pondan Zaman Sekarang Lawa Gila??

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.