Kematian merupakan satu perkara yang menyedihkan bagi keluarga dan rakan-rakan terdekat si mati. Pada hari pengebumian pula, kebiasaannya proses untuk mengendalikan si mati akan dilakukan dengan suasana yang hiba dan sunyi.
Namun lain pula ceritanya buat sebuah syarikat dari Edinburgh ini yang menawarkan inovasi keranda dengan pelbagai reka bentuk mengikut cita rasa pelanggan.
Syarikat ‘Go As You Please’ menawarkan keranda dengan rekaan unik seperti gulungan sosej Greggs, sebotol wiski Bell, Doctor Who Tardis, kotak penyedut hampagas Dyson, Star Wars, Game of Thrones, The Walking Dead, Harry Potter dan Only Fools and Horses.
Menurut pengurus besar syarikat itu, Scott Purvis, mereka mempunyai dua cawangan iaitu di timur laut, England dan di Edinburgh, Scotland.
Jelasnya, kebanyakan pelanggan yang menggunakan servis syarikat itu mahu membina keranda berdasarkan nilai sentimental dan pengalaman semasa hayat mereka.
Sambungnya lagi, masyarakat kini sudah semakin terbuka dalam menguruskan keperluan pengebumian sendiri sebelum mereka meninggal dunia.
Ini akan memberi peluang untuk mendapatkan pengebumian yang mereka idamkan, selain meringankan beban keluarga.
Ada juga pelanggan yang mencipta montaj foto kerluarga selama bertahun-tahun dan melekatkan gambar itu pada keranda sebagai tanda kenangan.
Kredit: Harian Metro
BACA: Restoran Jadikan Makan Di Kuburan Sebagai Tarikan, Pelanggan Rilek Makan Dikelilingi 12 Keranda