Sering kali kita melihat ibu bapa memakaikan anak-anak mereka dengan pakaian yang cantik dan comel. Ada juga ibu bapa yang sering memakaikan anak mereka dengan pakaian berwarna sama warna kerana itu adalah warna kegemaran mereka.
Namun lain pula ceritanya buat seorang lelaki yang dikritik wanita tidak dikenali gara-gara sering memakaikan anak perempuannya baju pink.
Dipersoal kerana pakai warna merah jambu
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh individu bernama Charlez, dia ada berkongsikan kejadian ditegur oleh seorang wanita tidak dikenali yang kurang senang dengan warna pakaian anak perempuannya. Difahamkan, wanita tersebut menetap di sekitar kawasan rumahnya.
Berdasarkan perkongsian tersebut, wanita itu meluahkan rasa kurang senangnya terhadap anak lelaki itu yang memakai pakaian berwarna merah jambu.
Jelas wanita tersebut, memakaikan anak perempuannya warna merah jambu boleh membuat dia keliru dengan jantina yang akan dipilihnya kelak.
Wanita tersebut turut menasihati lelaki itu agar memakai anaknya dengan warna lain. Dia juga berkata zaman sudah semakin moden dan mana-mana individu berhak untuk memilih jantina mereka apabila sudah matang.
Jadi, memakaikan seseorang dengan warna merah jambu boleh mengganggu proses ini.
Wanita dituduh hipokrit
Tindakan wanita tersebut yang mengecam anak lelaki ini mamakai pakaian berwarna merah jambu ternyata memakan diri. Lelaki tersebut bertanyakan semula mengapa wanita itu memakai bingkai cermin mata berwarna merah jambu jika dia terganggu dengan warna tersebut.
Jelas wanita tersebut, dia memakai bingkai cermin mata berwarna ungu muda yang seolah-olah merah jambu meskipun ia jelas berwarna merah jambu di dalam video.
“Awak pun pakai cermin mata warna merah jambu,” soal lelaki itu.
“Saya rasa ini warna ungu muda. Awak buta warna ke?”, balas wanita tersebut.
@officialmrcharlez She came to my house to complain why my two years old baby girl always wear pink #CapCut #foryoupage #fyp #nigeriantiktok #uk #officialmrcharlez
Warganet kecam tindakan wanita
Video ini ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan wanita tersebut.
Ada juga yang mempersoalkan kesanggupan lelaki ini melayani wanita tersebut yang secara jelas memberikan pendapat tidak berasas dan hanya mementingkan agenda diri sendiri.
“Banyak betul masa dia ni layan perempuan tu”, tulis seorang warganet.
BACA: Karen Versi Lelaki Maki ‘F**k Off’ Dekat Pak Guard Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka