in

Mahkamah Putuskan Anak Yang Lahir Di Luar Negara & Bapa Bangsa Asing Tak Boleh Warisi Kerakyatan Ibu

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang. Ini diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2 berbalas 1 baru baru ini.


Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Kamaludin Md Said membuat keputusan ini selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut sumber, keputusan majoriti itu dipersetujui oleh Hakim Kamaluddin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi, manakala Datuk S. Nantha Balan pula menentang.

Appeals Bernama 2543335 20220805135353

Majoriti berpendapat, istilah ‘bapa’ dalam Jadual Kedua Bahagian 11 Perlembagaan Persekutuan bermakna bapa kandung dan ia tidak boleh diperluas kepada ibu atau ibu bapa.

Bagaimanapun Nantha Balan berpendapat, status undang-undang semasa keturunan ibu dicipta seolah-olah lebih rendah tarafnya daripada bapa. Jelasnya, tindakan menafikan kerakyatan itu juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang turut diiktiraf oleh Malaysia.

Untuk rekod, sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu dan bapa warganegara Malaysia secara automatik akan mendapat kerakyatan Malaysia.

Sumber: Awani

BACA: Kes Komedi Hina Islam: Wanita & Teman Lelaki Bakal Dituduh Di Mahkamah

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.