in

Kes Komedi Hina Islam: Wanita & Teman Lelaki Bakal Dituduh Di Mahkamah

Collage 16

Masih kecoh di media sosial tentang seorang wanita yang didakwa telah menghina Islam selepas video dia membuat stand-up comedy di Crackhouse Comedy Club tular baru-baru ini.

Ekoran dari ini, Sabtu lalu pihak polis telah menahan reman wanita tersebut selama tiga hari bagi membantu siasatan manakala teman lelaki wanita itu pula telah ditahan pada hari Ahad.

Terbaru, pihak polis kini telah pun mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh wanita beserta teman lelakinya itu di mahkamah, lapor Buletin TV3.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, kertas siasatan polis telah pun dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara sebentar tadi dan arahan telah pun dikeluarkan untuk menuduh suspek wanita di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana melukakan perasaan orang Islam.

1 3.Jpg

Manakala suspek lelaki pula akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Reman ke atas suspek wanita yang tamat pada 12 Julai 2022 disambung selama satu hari sehingga 13 Julai 2022.”

Sebelum ini, video berdurasi 54 saat yang tular di media sosial telah menunjukkan seorang wanita membuat persembahan komedi dengan mendakwa dirinya seorang beragama Islam dan telah pun menghafal 15 juzuk Quran sebelum menanggalkan baju kurung dan tudung untuk mendedahkan pakaian mencolok mata.

 

Baca: Mengaku Hafal 15 Juzuk, Wanita Bertudung Tiba-Tiba Buka Pakaian Di Khalayak Ramai

Cats 12