in

Mahkamah Kekalkan Hukuman Mati Suami Pengasuh, ‘Dera’ Bayi 11 Bulan Sampai Meninggal Dunia

ft suami pengasuh dera bayi

20 Ogos 2021 lalu, seorang lelaki  didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana melakukan penderaan secara fizikal dan seksual terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan sehingga meninggal dunia.

Pesalah yang merupakan bekas tukang gunting rambut dan juga merupakan suami kepada pengasuh mangsa didakwa telah menyebabkan kematian  Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, di sebuah unit di Pangsapuri Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, antara 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari, pada  lima tahun lepas, 7 November 2018, lapor Harian Metro.

Dera fizikal dan seksual bayi asuhan sampai meninggal dunia

Screenshot 2023 03 02 114931

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati. Sumber melaporkan bahawa bayi itu itu meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor.

Pada hari kejadian, ibu mangsa  sebelum ini dimaklumkan bahawa bayi itu dihantar ke hospital oleh pasangan terbabit kerana mendakwa kanak-kanak itu tercekik buah epal.

Namun begitu, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat kesan koyakan pada selaput dara dan duburnya dan laporan Patologi mendapati punca kematian mangsa disebabkan impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala dan tengkoraknya.

Buat rayuan

Screenshot 2023 03 02 114944

Susulan itu peguam T.Vijayandran yang mewakili pelaku sebelum ini ada memohon rayuan. Beliau berhujah bahawa hakim perbicaraan gagal membuat penemuan nyata, sama ada kecederaan maut yang ditemui pada mangsa itu sengaja dilakukan oleh perayu.

“Saksi pendakwaan (PW5) dan pakar patologi, Dr Emizam Mohamadon telah memberi keterangan bahawa punca kematian ialah akibat hentakan tumpul di kepala dan menyifatkan kecederaan serius dan berkemungkinan mengakibatkan kematian.

“Pihak pendakwaan tidak membuktikan mens rea (niat jahat) yang lebih tinggi bahawa perbuatan itu membawa kepada membunuh,” kata peguam itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah Mohd Khaja berkata, hakim perbicaraan telah membuat keputusan bersalah selepas menilai semua keterangan saksi pendakwaan terhadap pembelaan.

“Pakar patologi memberi keterangan bahawa ia kecederaan yang baharu dan berlaku dalam tempoh tiga hari. Beliau juga menjelaskan bahawa kecederaan itu bukan oleh disebabkan diri sendiri dan tidak mungkin berlaku akibat terjatuh.

“Kami juga mengemukakan bahawa keterangan pakar patologi jelas menunjukkan bahawa kecederaan yang dilakukan terhadap bayi yang menjadi mangsa itu sangat serius dan cukup dalam keadaan biasa untuk menyebabkan kematian.

“Hakim Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati perayu bersalah,” kata Parvin Hameedah, yang dibantu oleh Khairul Aisamuddin Abdul Rahman.

Hukuman mati dikekalkan

Screenshot 2023 03 02 115023

Berikutan itu, Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam telah mengekalkan hukuman mati terhadap pelaku, Hazmi Majid, 41. Rayuan itu ditolak oleh barisan tiga hakim yang bersidang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah kerana hakim perbicaraan tidak melakukan sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati perayu bersalah seperti pertuduhan.

“Kecederaan yang dilakukan ke atas bayi itu, dalam keadaan biasa adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian.

“Kami mendapati keputusan hakim (Mahkamah Tinggi) adalah selamat, berdasarkan keseluruhan bukti. Oleh itu, rayuan ini ditolak dan sabitan dikekalkan.”

Baca : Pengasuh Didakwa Dera Bayi 4 Bulan Sehingga Koma

bayi koma