in

“Gaji suami adalah milik sendiri, bukan isteri”

Mtuc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ada mengumumkan berita baik kepada kaum wanita terutamanya suri rumah. Katanya, KWSP bakal beri caruman kepada suri rumah melalui potongan 2% daripada gaji suami.


Idea ni memang disambut baiklah oleh golongan wanita, tambah-tambah pulak yang tak bekerja kan. Namun menurut FMT, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon membidas idea tu dan kata kerajaan tak ada hak nak tolak gaji suami untuk dicarumkan kepada isteri. Aikkk isteri dia tak marah ke dia cakap macam ni? 

J Solomon Nube Fb Pic 1 Os
sumber: fmt

Tambahnya lagi, gaji suami adalah milik sendiri dan bukannya isteri.

“Tanpa izin pekerja, tiada siapa yang mempunyai kuasa untuk memotong apa-apa dari gaji pekerja,” kata J Solomon.

Malah J Solomon jugak pada masa yang sama menggesa kerajaan pertimbang kebajikan suami yang merupakan pencari nafkah tunggal dan mempunyai pendapatan yang rendah. Hal ini supaya ia tidak membebankan suami terutamanya yang berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40). 

Tapi beliau juga ada mencadangkan supaya kerajaan PH mengkaji caruman KWSP sebanyak RM50 kepada ibu tunggal.

“Cadangan ini memerlukan banyak pemikiran dan perbincangan kerana ada perasaan bercampur-campur. Oleh itu, perbincangan secara menyeluruh mengenai cadangan kerajaan di kalangan pemegang berkepentingan akan memberi manfaat kepada keputusan akhir,” katanya lagi.

Kwsp
gambar hiasan

Dalam pada tu, Wan Azizah yang jugak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bertemu dengan CEO KWSP bagi membincangkan mekanisme siapa yang layak dan bagaimana 2% boleh diambil untuk isteri kerana ia melibatkan dana kerajaan RM50 pada sesiapa yang layak menerima.

Emm korang rasa macam mana? Wajar ke tak cadangan Wan Azizah ni? Kalau suami korang bangkang, nampaknya kena tidur luar bilik lah malam ni ye. Hik hik hik! 

Baca: Wan Azizah Tolak Tawaran Jadi PM, Hanya Mahu Suami Bebas

Azizah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.