Musim konvokesyen yang sedang berlangsung sekarang ini tentunya saat paling menggembirakan bagi para graduan di seluruh negara.
Majlis konvokesyen bukan sekadar hari untuk menerima segulung ijazah tetapi simbolik kepada kejayaan selepas menempuh perjalanan penuh cabaran dan dugaan dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Bagi sebahagian universiti, majlis konvokesyen diraikan dengan penuh istiadat dan ada protokol yang perlu dipatuhi.
Namun, sebuah video yang memaparkan tindakan seorang graduan yang didakwa meminta penganugerah menoleh ke arah kamera ketika acara penyampaian skrol ijazah telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Artikel berkaitan: “22 kali kimoterapi, 15 sesi radioterapi” – Graduan Hidap Kanser Tahap 4 Berjaya Tamat Pengajian Buat Ramai Sebak
Artikel berkaitan: Graduan Terakhir Buat Aksi ‘Suii’ Masa Ambil Skrol Undang Perbalahan, Ini Respon UniKL
Dalam video itu, graduan lelaki terbabit memberikan isyarat tangan kepada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menoleh ke arah kamera, dipercayai untuk mendapatkan gambar yang lebih sempurna.
Perbuatan yang dirakam itu bagaimanapun telah ditegur pihak universiti yang mengingatkan para graduan supaya menjaga adab di atas pentas kerana dianggap tidak menghormati kedudukan dan peranan penganugerah.
View on Threads
“Macam tu je dia suruh”
Sementara itu, rata-rata netizen meninggalkan komen pedas mengenai perbuatan graduan terbabit yang dianggap tidak wajar.


Namun, ada segelintir netizen mendakwa perbuatan terbabit tidak dilihat seperti ‘tiada adab’ kerana graduan itu bukannya mengarah penganugerah untuk mengikut permintaannya.

Walaupun isyarat tersebut nampak biasa, namun ia berada di dalam kategori tidak beradab susulan istiadat itu merupakan majlis rasmi institusi.
Sumber: Threads
