in

“Macam poster filem seram” – Kontroversi Potret Rasmi Pertama King Charles & Penjelasan Disebaliknya

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu video tular menunjukkan King Charles III mendedahkan potret rasmi pertamanya selepas ditabalkan menjadi Raja UK tahun lalu.


Namun begitu, potret berketinggian enam kaki itu dan menggunakan warna merah terang sebagai latar belakang dan Charles memakai baju seragam Pengawal Welsh di mana dia telah dilantik sebagai Kolonel Rejimen pada tahun 1975 telah mengundang kontroversi dan spekulasi ramai.

Potret yang dilukis oleh artis Jonathan Yeo ini dikatakan telah mengambil masa tiga tahun untuk dilukis. Tapi disebabkan hasil lukisan tersebut, ramai netizen kecewa dan ada juga yang menganggap potret tersebut sebagai “syaitan”.

Artikel berkaitan: Busana Tradisional Permaisuri Agong Semasa Hadiri Majlis Pertabalan Raja Charles III Dipuji Antara Yang Tercantik

Artikel berkaitan: Ini Kronologi Percintaan Diraja Di Antara King Charles & Queen Camilla

Selain itu, ada juga yang samakan potret Charles ini seperti poster filem seram dan mengatakan bahawa Jonathan mempunyai niat lain dengan menggunakan warna merah terang seperti itu.

Penjelasan Jonathan Yeo

Menurut penjelasan yang dikongsikan di laman web Jonathan Yeo, artis ini mengatakan bahawa dia memilih warna merah terang sebagai latar bekalang bagi memberikan lukisan tersebut “kejutan kontemporari”.

Warna merah terang yang digunakan dilatar belakang bukan sahaja menggambarkan pakaian seragam berwarna tunik merah malah ia juga dapat dikaitkan dengan warisan diraja yang ditemui dalam kebanyakan potret bersejarah dan pada masa yang sama turut menyuntik dinamik dan kejutan kontemporari ke dalam genre dengan tona yang seragam sekaligus memberikan kontras moden kepada gambaran tradisional.”

Jonathan turut mengatakan, pemilihan warna merah tersebut turut membantu untuk membuatkan pakaian seragam Charles pudar ke dalam latar belakang potret.

Sebagai artis potret, kita dapat peluang yang unik untuk menghabiskan masa dan lebih mengenali subjek, jadi saya nak kurangkan gangguan visual dan benarkan orang untuk berhubung dengan orang disebalik lukisan tersebut.”

Manakala rama-rama yang terletak di atas bahu Charles di dalam lukisan tersebut pula menggambarkan transformasi Charles sebagai seorang raja serta minatnya yang mendalam terhadap alam semulajadi.

Nama rama-rama Diraja ini dipercayai telah diambil dari Raja Inggeris (William of Orange) ekoran warnanya yang terang. Dan spesis migrasi ini telah menjadi salah satu spesis paling terkesan oleh perubahan iklim ekoran dari perubahan suhu ketika musim bunga.”

6000.Jpg

Untuk pengetahuan korang, lukisan ini telah mula dibuat pada tahun 2020 ketika Charles memegang gelaran sebagai Prince of Wales dan kini gelaran tersebut telah diberikan kepada anak sulungnya Prince William selepas kematian Ratu Elizabeth II pada tahun 2022.

Saya akan berikan yang terbaik untuk mempamerkan pengalaman kehidupan pada mana-mana individual yang saya lukis. Untuk lukisan ini, saya mahu merujuk kepada potret tradisional Diraja dan pada masa yang sama turut mempamerkan Monarki Abad ke-21. Dan yang paling penting, saya nak pamerkan kemanusiaan subjek. 

Saya sangat bersyukur diberikan peluang untuk menggambarkan orang yang sangat hebat dan unik lebih-lebih lagi ketika detik bersejarahnya menjadi seorang raja.”

Menurut Istana Buckingham, Jonathan telah melukis potret ini di studionya yang terletak di London dan dihadiri oleh Charles sendiri sebanyak empat kali dari tahun 2021 sehingga 2023.

Lukisan ini akan dipamerkan di Galeri Philip Mould di London selama sebulan bermula 16 Mei lalu. Ia kemudiannya akan dipamerkan secara kekal di Drapers Hall, iaitu bangunan bersejarah yang pernah dimiliki oleh King Henry VIII.

Sekadar info, Charles telah ditabalkan menjadi raja pada 6 Mei 2023 di Westminster Abbey selepas dia mengambi alih takhta pada 8 September 2022 selepas kematian ibunya, Elizabeth II. Ia juga merupakan pertabalan pertama sejak Elizabeth II pada 1953 iaitu hampir 70 tahun lalu.

Pada Februari, keluarga diraja telah mengumumkan bahawa Charles telah didiagnos dengan kanser dan sedang menjalani rawatan. Pada Isnin, 13 Mei, ketika lawatan ke Muzium Askar Terbang di Hampshire, King Charles mengatakan bahawa dia kini sedang mengalami kesan sampingan rawatan yang diterimanya seperti hilang selera makan.

Sumber: ABC News, NDTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.