in

“Macam orang kena rasuk” – Bengang Sebab Suami Asyik Merayu Minta ‘Dilayan’ Wanita ini Buat Keputusan Untuk…

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak tahan kerana suami sering merayu minta dilayan, seorang wanita nekad tetak suami sendiri menggunakan kapak.


Menurut Tribun News, Aminah yang berusia 43 tahun ini telah menetak suaminya, Maman, 47 tahun semasa suaminya sedang tidur.

Akibat tindakan wanita ini, Maman menderita enam luka di kepala, leher, bawah ketiak, pipi dan punggung.

Ketua Polis Daerah Sukabumi, AKP Sunarto mengesahkan bahawa peristiwa ini berlaku kerana hampir setiap malam, Maman telah merayu untuk melakukan hubungan seks hampir setiap malam walaupun ditolak.

190715133930 369
Sumber: suarabmi

“Keterangan sementara, isterinya ini baru saja dua bulan melahirkan anak, tapi suaminya itu terus merayu minta dilayan hingga mereka melakukannya (seks).”

Kerana bengang asyik dirayu, Aminah membuat keputusan untuk menetak suaminya ini ketika Maman sedang nyenyak tidur.

Ketika ditemubual oleh media tempatan, Maman telah menceritakan semula peristiwa isteri menghayun kapak tepat ke badannya.

“Sedang tidur tiba-tiba saja dia mengayunkan kapak ke kepala saya.”

Dia seperti kerasukan, langsung saja marah-marah dan langsung menyerang.”

Ketika diserang oleh isterinya, Maman telah menjerit kesakitan hingga suaranya ini didengari oleh jiran sebelah yang kemudiannya cuba untuk menyelamatkan Maman dengan merampas kapak tersebut dari tangan Aminah.

99388 Kondisi Maman Korban Pembacokan Oleh Istrinya Sendiri
Sumber: kumparan

Maman telah dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarga manakala Aminah telah ditahan oleh pihak polis dan kapak yang digunakan juga telah diambil sebagai bukti.

Haih, tak pasal-pasal je. Isteri dia ni mesti tengah depressed kalau tak, tak jadi macam ni…

 

Baca:“Nyawa dibalas nyawa” – Askar Yang Seksa, Bunuh &  Biarkan Mayat Ex GF Membusuk Di Hotel Akhirnya Tangkap!

Screenshot 2019 07 16 At 12.28.57 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.