in

“Macam Mission Impossible” – [Video] Dahsyat! Myvi ‘Selamba’ Pecut Atas Divider Sebab Nak Tukar Lane

Myvi7 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara benda yang paling menyampah bila tengah bawak kereta adalah bila kita tersalah jalan atau tersalah masuk lane. Tapi kalau dah memang terlajak tu memang tak boleh nak buat apa lah, terpaksa pusing jauh.



Namun bagi pemandu ni, tak ada yang mustahil. Baru-baru ni sebuah kereta Perodua Myvi cuba untuk tukar lane dengan naik ke atas pembahagi jalan tanpa memperlahankan kenderaannya.

Video kejadian ini telah dapat dirakamkan melalui dash cam pemandu yang turut berada di situ dan dikatakan kejadian ini berlaku pada 5 September lalu di Taman Tun Dr Ismail.

Giphy 3

Bukan tu je, dari cara pemanduan dia yang terus pecut laju lepas naik atas pembahagi jalan ni memang nampak macam dia dah biasa buat dan pro betullah.

Akibat bergeser dengan pembahagi jalan, korang boleh tengok ada percikan api dan asap yang keluar dari bawah kereta ini. Peh gempak!

Netizen yang melihat video tular ini juga turut meluahkan rasa kagum dorang dengan keberanian pemandu itu. Sampai ada yang samakan situasi ini macam cerita Hollywood.

Tapi korang kena ingat, macam mana dahsyat pun Myvi ni, jangan cuba tiru pulak. Bukan je aksi macam ni bahaya untuk diri sendiri, malah untuk orang lain jugak tau!

Video copy from other group…Myvi still the top model of creating “Guinness world record” challenging mission impossible 😂

Posted by Wong Zhi Zhien on Sabtu, 5 September 2020

 

Baca: “Mcm main police entry” – Aksi Pemandu Myvi Dikejar Polis Ini Buat Netizen Garu Kepala

Screenshot 2020 09 11 At 10.05.37 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.