“Macam mana hidup dalam tu 10 tahun. Aku sejam pun tak tahan” – Hanya RM3 Per Entry, Rasai Dipenjarakan Dekat Muzium Ni

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau korang bosan pergi date dekat mall apa kata korang pergi dekat tempat yang @nietzrid ni recommend kan. Muzium Penjara Malaysia, lokasinya di Melaka, dekat je dengan Bandar Hilir.

Tempat ni dulu memang penjara betul-betul kini dah dijadikan muzium. Bagi korang yang nak tau macam mana rasanya duduk terperuk dalam penjara. Korang boleh lah kesini.

Tapi katanya kalau kita masuk terus dapat rasa negative energy. Macam mana tu?

 

RM 3 satu kepala!

Memandangkan ianya memang penjara betul-betul, korang dapat lihat suasana dan situasi sebenar di dalam penjara. Malah korang juga terdedah macam mana kehidupan harian banduan disitu.

Kata pemuda ni, tak dapat nak bayangkan macam mana banduan yang tinggal disitu bertahun-tahun sedangkan baru sejam kat dalam tu rasa tak tahan.

 

The cell is so small. Mcm mana orang hidup dalam tu 10 tahun. Aku sejam pun tak tahan”

Lepastu tak ada toilet lagi, pihak penjara hanya menyediakan besen kecil, bila dah mengelilingi seluruh muzium tu. Mesti korang akan fikir 10 kali nak buat jahat lepas ni.

 

Sadisnya jadi orang jahat

Bayangkan lah banduan yang buat benda ni dekat dinding cell diorang. Ada banyak lagi dekat muzium tu, pemuda ni sempat amik dua ni je.

Kalau masuk dalam cell dekat muzium tu pun bole tengok hasil contengan dan luahan hati. Kalendar dekat dinding pun ada.

 

Bahagian sebatan. Boleh rasa pegang sendiri rotan yang dipakai

Ada jugak section sebatan. Kalau pergi boleh rasa pegang sendiri rotan yang dia pakai. Dekat sana ada patung yang korang boleh sebat punggung dia. Kuat rotan ni.

Bukan main main punya. Memang padu, keras dan besar rotan ni. Menurut pemuda ni, dia yang sebat patung dekat sana, dia yang rasa sakitnya.

Macam-macam lagi bahagian yang korang boleh tengok, ada hukuman gantung, sel bilik banduan akhir, hasil kraf tangan, sejarah penjara, pakaian penjara, tempat diorang mandi, klinik apa semua ada. RM 3 je!

 

Bahagian hukuman gantung

Di bahagian bilik gantung katanya ada dua tingkat. Atas untuk gantung dan bawah ada tempat mandikan terus dengan keranda siap siap.

Muzium tu ada 3 tingkat, berdasarkan pengalaman pemuda ni lepas sejam melawat muzium tu masa nak keluar rasa macam dah betul-betul bebas dari penjara.

Hurm, macam menarik je, mungkin kalau siapa-siapa yang nak pergi road trip boleh jadikan satu spot yang korang boleh nak lawat. 

 

Baca : “Kenapa kejam sangat?” – [VIDEO] Staf Penjara Buat Bodoh, Banduan Terpaksa Teran Anak Sorang-Sorang Dalam Sel

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.