in

“Macam mana dia solat?” – Mufti ISIS Terlampau Gemuk Sampai Polis Terpaksa Guna Pick-up Truck Masa Tangkap Dia

Collage 45

Pernah tak korang terfikir ketua ISIS ni ada yang obes? Yelah, selalunya kita tengok orang-orang yang join ISIS ni biasanya fit je kan? Nak tengok yang berisi pun susah.

Tapi, menurut Daily Mail, seorang mufti ISIS, Shifa al-Nima telah dikira sebagai individu terbesar dan terberat yang pernah ditangkap dari organisasi ISIS selepas pihak polis Iraq menemui tempat penyembunyiannya.

2Ab22Cf400000578 3168287 Image A 20 1437405803845
Sumber: daily mail

Dikatakan, sebagai seorang penceramah agama, salah satu tugasnya adalah untuk yakinkan pengikut ISIS tentang kenapa merogol, menyeksa dan perhambaan tak salah di sisi agama.

Dengan berat beratus-ratus kilogram ini, Shifa juga mendapat nama gelaran “Jabba The Hutt” salah satu karakter dari Star Wars.

Dailymail1
Sumber: daily mail

Pihak polis Iraq yang membuat penahanan lelaki ini mengatakan, kerana dia terlalu besar dan tak boleh nak masuk dalam kereta polis, dorang terpaksa letak dia dekat belakang pick-up truck.

Gambar mufti ini diletakkan di dalam trak tersebut telah tular di media sosial dan jadi bahan jenaka netizen di seluruh dunia.

Dailymail2
Sumber: daily mail

Pihak polis turut mengatakan yang lelaki ini adalah salah seorang ketua ISIS yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa hingga menyebabkan pembunuhan ramai ahli ulama.

Setakat ini nasib lelaki ini masih belum diketahui tapi pihak polis menganggap penangkapan ini akan melumpuhkan sebahagian besar semangat dan gerakan ISIS ini.

 

Baca: “Nazi zaman moden” – 10 Krisis Xinjiang, China Yang ‘Tak Masuk Akal’. No 6 Paling Tak Boleh ‘Brain’

Screenshot 2020 01 21 At 3.04.41 Pm