Tengah kita lepak dekat rumah, tiba-tiba ada pulak tetamu yang tak diundang masuk rumah. Mesti kita panik kan?
Sama lah dengan lelaki ni, kerana takut keselamatan keluarga terancam, lelaki dari Sungai Buloh ini tanpa berfikir panjang terus telefon 999 untuk buat laporan ada “ular” masuk ke rumahnya.
Empat Sukarelawan Jabatan Bomba Saunjana Utama bergegas ke rumah lelaki tersebut selepas mendapat tugasan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh.
Tapi, apabila sukarelawan sampai ke rumah lelaki tersebut, mereka mendapati “ular” tersebut hanyalah cacing gelang yang berukuran sepanjang 12.7 sentimeter. Tetap geli!
Salah seorang dari sukarelawan, Azman Abdul Razak berkata pada Kosmo! Online cacing tersebut telah ditangkap dan dilepaskan ke habitat asalnya.
Tambah dia lagi, walaupun kes ini dianggap kecil, ia tetap menjadi tugas bomba untuk memberikan perkhidmatan mereka.
Pada Oktober tahun lepas, mereka juga pernah menangkap anak biawak yang berukuran 15.24 sentimeter yang disangka ular kerana ekornya yang panjang. Tabik betul dengan pihak bomba yang rajin layan macam-macam kerenah orang.
Lepas ni, kalau boleh make sure betul-betul bahaya barulah telefon 999 ya?
Baca: “Kan dah mendapat” – Tunjuk Handal Main Ular, Netizen ‘Padan Muka’ & Gelakkan Pemuda Ini Lepas Digigit