Biasalah kalau dekat Twitter ramai sangat rajin kongsi skincare tips kan? Ada juga yang baik hati kongsikan tentang tips kalau untuk orang yang kulit bermasalah. Tapi, tips dari lelaki ni buat ramai netizen rasa ngeri dan teragak-agak nak ikut.
Asyraf telah berkongsi dengan netizen dekat Twitter tentang tips dan rawatan yang dia buat untuk hilangkan parut jerawat berlubang. Katanya, kalau betul cara memang buat sekali je dah nampak kesan.
Apa yang buat orang ramai seriau tu sebab bahagian pipi dia sampai berdarah sebab rawatan guna dermaroller ni. Meskipun rawatan tu buat muka berdarah teruk, Asyraf tak serik dan sehingga kini dia dah buat sampai 3 kali.
Dekat posting Twitter tu, Asyraf turut senaraikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menjalankan proses rawatan ni. Bukan tu je, dia juga kongsi cara-cara penjagaan wajah selepas melalui rawatan ni.
Posting tu buat ramai netizen terkejut dan persoal adakah cara ni memang betul-betul jadi? Tapi Asyraf juga tak terlepas daripada dikecam beberapa netizen yang rasa rawatan tu patut dibuat di klinik, bukannya buat sendiri dekat rumah.
Please don’t do this to your face. Pernah buat dulu and almost kena admit hospital sebab jangkitan kuman. Just let the professionals buat. If you guys think alatan tu dah bersih, but kita tak tahu. Just go to professional kalau betul nak buat derma roller ni.”
Macam kena sagat la muka.. Takut la sis nak cantik-cantik. Haha”
Ada juga yang kata rawatan ni memang berkesan dan salah seorang netizen juga tegur Asyraf sebab dia tak bagi maklumat selengkapnya.
Ada yang pernah try buat macam ni ke?