in

“Macam istana!” – [VIDEO] Buat Majlis Kahwin Dekat Reban Ayam, Hasilnya Buat Netizen ‘Ternganga’

Fi Reban Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan yang nak mendirikan rumah tangga, mesti ada planning untuk buat di tempat yang grand ataupun luas supaya pengantin puas hati dan tetamu yang hadir ke majlis sekali seumur hidup itu berasa selesa.

Namun sebab beberapa faktor dalaman juga, menyebabkan impian tersebut kadang-kadang tak dapat dicapai oleh sesebuah pasangan yang bakal berkahwin itu. Maka, akan timbullah idea diluar kotak supaya majlis tersebut masih mencapai tahap keinginan sesebuah pasangan itu.


 

Majlis kahwin di reban ayam

Baru-baru ini, sebuah video tentang persiapan perkahwinan sebuah pasangan ini yang dibuat di tempat yang semestinya luar dari jangkaan kita.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @restya_ayu, dilihat wanita ini meninjau sebuah reban ayam yang menjadi pilihan sebuah pasangan pengantin untuk mengadakan majlis kahwin mereka.

Reban Ayam 3 Reban Ayam 1

Dalam video tersebut, Ayu yang juga seorang wedding planner sedang melihat keadaan di dalam reban ayam dimaksudkan itu. Mungkin ada yang menyangka reban ayam kecil seperti di belakang-belakang rumah itu, tapi tidak ia merupakan reban ayam yang besar.

Disebabkan perintah kawalan pergerakan di Indonesia yang masih tidak membenarkan aktiviti sosial seperti majlis perkahwinan dijalankan, maka tuan rumah memilih reban ayam milik mereka untuk dilakukan majlis tersebut.

Selepas seketika, Ayu menunjukkan hasil dekorasi untuk pelamin dan hiasan dalam reban tersebut. Nyata hasilnya sangat menakjubkan dan kita tak akan menyangka bahawa itu adalah reban ayam yang diperkatakan.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai, dan sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 38k views di TikTok.

@restya_ayu

BISSMILLAH yang penting niat #GayaMi11Lite #muaindonesia #viral #fyp #weddinglampung #restyaweddingplaner #dekorasiwedding #lampunggeh #tiktoklampung

♬ Mendung Tanpo Udan – Ndarboy Genk

 

“Hebatnya cik!”

Di ruangan komen, nyata transformasi dilakukan oleh wanita tersebut membuatkan rata-rata netizen kagum melihatnya. Ada yang bagai tak percaya bahawa ruangan berkenaan dapat diberi sentuhan yang sebegitu rupa. Selain itu juga, ramai yang tertanya macam manalah proses pembersihan dilakukan oleh Ayu dan kumpulannya itu sebab hasilnya yang memberangsangkan.

Reak Reban Ayam 2 Edit Reak Reban Ayam 3 Edit Reak Reban Ayam 1 Edit

Perh ini kalau dia tak tunjuk reban ayam mula-mula tu, mesti tak ada sapa sangka kan? Cantik betul!

 

Baca : “Deposit katering dh bayar” – [VIDEO] Tak Dapat Langsungkan Majlis Sanding, Pasangan Kreatif Agih Nasi Kenduri Kepada Jiran-Jiran

Foot Reban Ayam

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.