in

“Macam gini pun ada” – Penyewa Tukar Mangga & Kunci Owner Dalam Rumah Sewa Lepas Tak Dapat Bayar 3 Bulan Sewa

Kakak Rumah Sewa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak sudah kita baca mengenai sikap dan perangai penyewa rumah yang bermacam-macam sehingga menimbulkan masalah kepada tuan rumah.


Kalau jenis pengotor dan rosakkan rumah sewa tu kita dah selalu dengar. Tapi ada pula yang memberi masalah dengan tidak membayar sewa selama tiga bulan dan lebih teruk lagi, boleh pula dia kenakan tuan rumah dengan mengunci pemilik tersebut di dalam rumah itu. Adoiii!

 

Tuan rumah cerita kisah sebenar kepada bomba 

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, seorang wanita kelihatan sedang menceritakan masalahnya kepada sekumpulan anggota bomba yang sedang cuba memecahkan mangga di pintu grill rumahnya.

Menurut wanita tersebut, dia tinggal di rumah berkenaan dan merupakan pemilik kepada rumah tersebut. Pada masa yang sama, dia juga telah menyewakan bilik di dalam rumahnya itu kepada seorang individu lain.

Konci 2

Penyewa itu katanya sudah tidak membayar sewa selama tiga bulan dan disebabkan hal tersebut dia terpaksa menukar mangga pintu yang baru. Sewaktu kejadian berlaku, barang-barang penyewa masih ada di dalam rumah dan penyewa kemudian telah pulang untuk mengambil barang-barangnya.

Konci 1

Namun tidak dia sangka, pada keesokan harinya, mangga rumah telah bertukar yang baru sehingga membuatkan dia tidak dapat keluar dari rumah.

Tuan rumah mengesyaki perbuatan tersebut telah dilakukan oleh si penyewa yang menguncinya dari luar hingga menyebabkan dia terpaksa memanggil bomba untuk membuka mangga tersebut. Kesian akak ni… 

@kimiechannel

Owner rumah dikunci oleh penyewa disebabkan tak dapat bayar sewa. Bahaya sekarang ni gaiss.! #abangbomba #bombamalaysia #youtubermalaysia #fyp #fypシ

♬ orijinal ses – ponciklendin

 

“Daripada beli mangga baru baik bayar sewa” 

Netizen yang melihat video berkenaan memberi pelbagai reaksi dan ada di antaranya terkejut dengan sikap penyewa yang berani dan berlagak seperti dialah tuan rumah kepada rumah tersebut. Ish, ish, ish… 

Sian

Macam-macam ye gelagat orang sekarang. Sabar je lah… 

Baca: Pagar Rumah Pernah Dirantai Dari Luar, Wanita Ini Dedah ‘Nightmare’ Beli Rumah Daripada Peminjam Ah Long

Sewa

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.