in

“Macam Final Destination!” – Kipas Lama Tercabut Dari Siling & Cederakan Leher Wanita Malang Ini!

Pjimage 2020 05 13T104538.940

Mesti korang semua selalu terbayang kipas korang tercabut dari siling atau kepala terlanggar kipas bila panjat katil kan? Memang scary wehhh

Baru-baru ni, seorang netizen telah kongsikan gambar kipas siling lama rumah rakannya tercabut dan jatuh ke atas ibunya hingga mencederakan leher dan posting ini telah meraih lebih 12K perkongsian di FacebookNampaknya memang ramai orang imagine benda ni.

95847885 3416062451737784 6137996161383923712 N

Menurut Jasni Jjm, mujur kipas tersebut dibuka dengan kelajuan perlahan dan hanya mencederakan sikit saja leher wanita tersebut. Tak boleh bayang kalau kipas tu laju. Final Destination nightmares come true!

96516186 3416062581737771 1684092556918390784 N

Salah seorang netizen menerangkan, sebagai langkah keselamatan, semua kipas siling mempunyai kabel keselamatan bagi menghalang kipas dari jatuh dan mungkin orang yang pasang kipas ni lupa nak pasang kabel tersebut atau kipas ni dah terlalu lama sampai komponen ni terputus atau rosak. Okay, masih seram!

Apa-apa pun, korang just be careful. Kalau ada bunyi pelik-pelik bila korang buka apa-apa peralatan dekat rumah tu, better check dan tukar baru je lah.

 

Baca: “Weh ngerinya!” – Netizen Terkejut Kipas Jatuh Kepala Jururawat Semasa Berkerja

Screenshot 2020 05 13 At 3.02.06 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook