in

“Maafkan abah sayang” – Bapa Terkilan Anak 6 Tahun Mati Dipukul Kekasih Bekas Isteri

Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang admin tak faham apa yang ada dalam minda mak bapak atau orang dewasa ni sampai tergamak pukul budak kecil hingga mati. Perkara ni lagilah menyedihkan bila anak kecil yang dipukul tu mati kat tangan kekasih bekas pasangan kita. Suka-suka je kan kau tangankan anak orang!

Menurut Harian Metro, kanak-kanak berumur 6 tahun mati dipukul teman lelaki ibunya sampai patah tulang rusuk dan pecah usus semalam (19 April). Perkara ni sekaligus membuatkan bapa mangsa, Hairil Khan Azali di Facebook meluahkan rasa kesal atas apa yang menimpa anaknya.


“Dah dapat laporan. Ada organ yang rosak. Pendarahan dalaman. Tulang rusuk patah. Ya Allah kau masukkanlah mereka ni dalam neraka jahanam.

“Sesungguhnya mereka tak layak bergelar manusia. Babi setan punya manusia. Maafkan abah sayang. Sebab tak dapat lindungi adik. Maafkan abah,” luah Hairil yang guna nama Facebook Hans Van Djik.

30713060 2216935718324531 8216625722779252125 N
sumber: facebook
30741107 578551479188483 6531945096703298737 N
sumber: facebook

Mati bukan sebab terjatuh tapi dipukul 

Menerusi siasatan polis, mangsa, Muhammad Rayyan Hidayat yang tinggal bersama ibunya dan teman lelaki di Kangar telah dibawa pasangan tersebut ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sebab terjatuh dan tiba-tiba tak sedarkan diri selepas muntah beberapa jam sebelumnya. Tak lama lepas tu, Rayyan dah disahkan meninggal dunia dalam jam 4.07 pagi.

Pun begitu, hasil bedah siasat mendapati Rayyan bukanlah mati disebabkan terjatuh tetapi dia telah dipukul dengan objek tumpul sehingga terdapat kesan-kesan lebam pada badannya. Susulan itu, ibu mangsa, 31 dan kekasihnya, 26, diberkas polis kat hospital berkenaan.

30704776 2043454839015533 4309153457014571008 N
sumber: facebook

Ketua Polis Negeri Perlis berkata, ibu mangsa dan kekasihnya dah lama menjalinkan hubungan dan mereka bersekedudukan dekat rumah sewa ibu mangsa di Kampung Abi. Apa yang lebih mengejutkan, boyfriend ibu Rayyan tu jugak memang ada 12 rekod kesalahan jenayah dan kebanyakannya kes curi motosikal. 

Bapa tak dapat jumpa anak lepas isteri bawa tinggal dengan kekasih

Ketika ditemubual Harian Metro, bapa kandung Rayyan memberitahu yang dia baru bertemu anaknya bulan lepas dan anak tersebut masih dalam keadaan sihat.

“Saya berpisah dengan bekas isteri sejak tiga tahun lalu. Saya kerap berjumpa dengan Rayyan sebelum ini kerana dia tinggal dengan bekas mentua di Kampung Abi, di sini.

“Namun, sebulan lalu saya tidak dapat berjumpa dengannya selepas bekas isteri membawa Rayyan keluar dan tinggal dengan kekasihnya.

“Tetapi saya tak tahu di mana mereka tinggal kerana bekas mentua saya pun tidak dimaklumkan,” katanya.

30709159 2217577008260402 7112492045991432273 N
sumber: facebook

Jenazah Rayyan dah dikebumikan malam semalam di Tanah Perkuburan Abi Tok Hashim, Kangar. Hairil jugak pada masa yang sama dah pun membuat laporan polis berkaitan kematian anaknya.

Kes ini bakal disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh dan jika sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.

S 1
sumber: facebook

Semoga bapa kandung tabahlah menerima kematian anak. Bukan senang nak terima kenyataan anak yang kita sayang mati dipukul boyfriend bekas isteri pulak tu. Haih apa punya maklah tak reti jaga anak. 

Baca: Kanak-kanak 4 Tahun Cedera di Dahi, Badan dan Pendarahan di Kemaluan Akibat Didera Ibu dan Kekasih

Deraaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.