Perkongsian video yang dimuat naik pelawak dan pengacara, Shuk Sahar dan bekas isterinya, Rossa Sera yang menunjukkan gelagat anaknya yang meraung tidak mahu berpisah dengan bapanya telah menyentuh hati ramai.
Menerusi perkongsian video di Instastory Sera, Shuk dilihat sedang memeluk anak bongsunya iaitu Nur Assyifatu Aimi sebagai tanda berpisah selepas meluangkan masa bersama-sama.
Menyayat hati apabila melihat anaknya meronta menangis sambil dipujuk Shuk kerana tidak mahu berjauhan.
@nurrhidayah33 Replying to @liyanaadzra82 ni lg sedih🥹🥹
Dalam perkongsian video TikTok menerusi akaun Shuk, turut memaparkan anaknya meluahkan hasrat ingin terus bermanja dengan bapanya untuk melepaskan rindu.
“Tapi adik nak tidur dengan ayah…adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah,” luah Aimi.
Shuk membawa anak-anaknya berjalan dan membeli beberapa makanan ringan sebelum berpisah. Namun, anak bongsunya itu terus menangis apabila menyedari Shuk akan meninggalkannya untuk pulang ke Semenanjung.
@shuksahar Jumpa lagi ain kondeng jaga diri elok2 ye ayah sayang ain ngn aimy…. #shuksahar #hartaduniaakhirat
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video terbabit turut meluahkan rasa sebak melihat situasi perpisahan itu.
Dalam pada itu, netizen juga mendoakan agar Sera tetap tabah menggalas tanggungjawab menjaga anak-anaknya. Malah, ramai yang memuji walaupun pasangan ini sudah berpisah, Shuk tetap menjalankan tanggungjawab sebagap seorang bapa kepada anak-anak mereka.
Untuk rekod, Shuk dan Sera telah disahkan bercerai pada 22 Mac lalu. Kesemua anak-anak mereka duduk bersama bekas isteri di Sabah.
Baca: “Kami berpisah dengan baik” – Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai Talak Satu