in

Luahan Isteri Berpantang Diberi ‘Ubat Tidur’ Untuk Puaskan Nafsu Suami Undang Marah Netizen

page pantang

Korang pernah tertanya-tanya tak kenapa ibu-ibu yang baru bersalin ni, ambil keputusan untuk berpantang? Kebanyakannya pula masih berpantang dengan cara tradisional.

Tujuan berpantang pula adalah untuk memastikan luka jahitan sembuh dengan baik selain untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Sebab tu ada yang berpantang untuk 44 hari ataupun 100 hari.

Dalam ramai berkongsi rasa bahagia bergelar ibu, ada juga yang terpaksa mengalami detik hitam ketika berpantang hanya disebabkan oleh suami mereka seperti satu perkongsian yang dibuat di Twitter baru-baru ni.

twitter 4

Difahamkan dari luahan yang dibuat, wanita itu baru sahaja berpantang selama 20 hari namun telah menjadi mangsa untuk puaskan nafsu suaminya walaupun telah ditolak beberapa kali selepas meminta untuk mereka ‘bersama’.

“Saya taknak sebab saya cakap saya masih pantang, darah nifas belum kering dan luka dalam belum baik lagi”

Saya tanya apa jadi, tapi dia senyum je

Katanya lagi, selepas memberi jawapan itu, suaminya hanya memberikan reaksi tidak puas hati dan ketikta tiba waktu makan, dia segera meneguk air yang dibuat oleh suaminya. Namun tak lama selepas itu, dia mengalami pening-pening dan terus tidak sedarkan diri selepas itu.

Sebaik saja wanita itu sedarkan diri, dia mendapati dirinya berada di dalam bilik bersama suami. Terkejut dengan keadaan itu, dia segera mengejutkan suaminya.

“Saya tanya apa jadi, tapi dia senyum je. Lepastu dia cakap dia bagi ubat tidur sebab dah tak tahan sangat”

“Sebab tu ilmu agama penting!”

Kisah wanita ini telah mendapat pelbagai reaksi dari pengguna Twitter yang lain kerana rata-rata mereka meluahkan rasa marah mereka selepas baca luahan tersebut. Malah tweet tersebut telah mendapat lebih dari 10K RT dan 13K likes.

Ada juga yang menegaskan bahawa ilmu agama adalah sangat penting dalam berumah tangga untuk mengelakkan perkara-perkara seperti ini daripada berlaku.

twt full 5

Disebabkan kejadian yang berlaku, wanita itu bertindak dengan mengurungkan dirinya seharian dalam bilik dan tidak sedikitpun menghiraukan pujukan suaminya kerana terlampau sedih dengan apa yang terjadi.

Min harap korang kat luar sana, betul-betul faham dulu ya hukum agama lagi-lagi lepas dah kahwin. Semoga tak ada lagi kes macamni berulang…

Baca: Peminat ‘Seriau’Tengok Wawa Zainal Redah Banjir Hulur Bantuan Walau Masih Dalam Pantang

untitled 1 14